RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 September 2025

HONDA WINNER R 2026 Lancar di Vietnam - Tampil Rekabentuk Serba Baharu

Honda Winner X di perkenalkan buat pertama kali di pasaran Vietnam sekitar tahun 2016. Kemunculan model tersbut merupakan pencabar baru kepada segmen moped 150 selepas Yamaha memperkenalkan Exciter 150 pada tahun 2015. Tahun demi tahun model ini menerima beberapa perubahan yang dinaiktaraf.

Pada tahun 2025, Honda Vietnam telah melancarkan Honda Winner R generasi terbaru. Model ini merupakan pengganti kepada Winner X yang telahpun berada di pasaran itu sejak sembilan tahun lalu.

Dari segi rekabentuk memang mengalami perubahan yang baharu. Honda Winner R dibina berasaskan model CBR1000RR-R yang tampak jelas dari pandangan hadapan. Lampu utamanya dan fairing hadapan memang mirip dengan jentera berkuasa tinggi itu. Bentuk yang timbul di bahagian dada pula seperti rekaan cermin penghadang angin yang ada pada model CBR. Dengan rekabentuk yang moden dan baru sekali gus meningkatkan lagi ciri aerodinamik pada Winner R ini. Bahagian belakangnya juga turut dinaik taraf kepada rekabentuk lampu yang baharu seperti kelarga CBR.

Walaubagaimanapun spesifikasi enjin masih kekal seperti Winner X. Model ini didatangkan dengan enjin 149.2cc silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6-kelajuan ini boleh menghasilkan kuasa 15.4hp pada 9,000rpm dan tork 13.5Nm pada 7,500rpm. 

Manakala kelengkapan lain juga turut sama seperti model terdahulu di mana jentera baharu ini didatangkan dengan paparan meter jenis digital, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, sistem abs, brek-brek cakera, tinggi pelana 795mm, sistem kunci pintar, klac jenis Assist & Slipper dan tangki bahan api 4.5 liter. 

Untuk pasaran Vietnam, model ini hanya ditawarkan pada harga 50,560,000VND (RM8,039.04). Buat masa ini adakah versi yang baru tersebut akan memasuki pasaran negara masih belum diketahui. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.