RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Oktober 2025

SYM CRUISYM 400i: Skuter Maksi Premium Pada Harga Mampu Milik

SYM Malaysia terus komited untuk terus memberikan produk terbaik untuk para pengguna motosikal,  kali ini dengan memperkenalkan skuter terbaru iaitu SYM CRUISYM 400i. Ya... pastinya kehadiran jentera automatik dari SYM ini menunjukkan 'peperangan' skuter masih belum berakhir.

CRUISYM 400i merupakan sebuah skuter maksi yang bukan cantik tetapi juga tampak mewah dan premium. Ditawarkan pada harga RM27,888.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), model ini hadir dalam tiga warna menarik iaitu Space Grey, Dark Night Purple dan Dreamy White. Kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh negara.

Persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang berminat untuk memiliki skuter maksi adalah daya tahannya. SYM merupakan jenama dari Taiwan yang sudah lama dalam pasaran global dan Malaysia khususnya. DI Taiwan, jenama SYM berada di kedudukan tangga paling atas dalam pasaran. Antara skuter-skuter jenama ini yang popular di pasaran negara ialah VTS 200 (paling lama dan masih ramai yang menunggangnya), SYM Jet, SYM Husky 150, SYM Husky 300 dan SYM Tuscany.

CRUISYM 400i dikuasakan oleh enjin satu silinder, 4-lejang, SOHC dengan sesaran 399cc yang menawarkan kuasa maksimum 25kW pada 6,750rpm dan tork maksimum 37Nm pada 5,000rpm. Ini membuktikan model ini cukup bertenaga untuk tunggangan bandar mahupun jarak jauh. Ia menggunakan sistem EFI, sistem penyejukan cecair dan sistem transmisi jenis automatik.

Sistem keselamatan ditingkatkan dengan brek cakera 288mm di hadapan dan 275mm di belakang, kedua-duanya dilengkapi Bosch ABS. Ia turut disokong oleh sistem TCS untuk kawalan tambahan. Rim aluminium MT3.5 × 15 di hadapan dan MT4.5 × 14 di belakang dipadankan dengan tayar tanpa tiub hadapan 120/70-R15 dan belakang 160/60-R14 yang memberikan kestabilan serta cengkaman mantap.

Untuk menambah nilai praktikaliti, SYM Cruisym 400i menyediakan dua ruang poket hadapan serta ruang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan satu helmet muka penuh dan satu helmet standard. Ia turut dilengkapi dengan kamera pemuka depan dan belakang yang memaparkan visual cukup jelas. Untuk keselesaan memecut di lebuhraya, cermin penghadang angin sporty Cruisym ini boleh dilaras secara manual, serta ia juga hadir dengan sistem TPMS. Memang padu!

Spesifikasi Ringkas:

  • P x T x L: 2,230mm × 820mm × 1,360mm
  • Tapak Roda: 1,552mm
  • Tinggi pelana: 785mm
  • Kelegaan tanah: 140mm
  • Berat kering: 222kg
  • Tangki bahan api: 14.5 liter

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia