RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Oktober 2025

WMOTO NEXY+ 180 Dilancarkan - RM8,988

Sempena dengan majlis perasmian pembukaan Mforce Best Shop di Johor Bahru, WMOTO Malaysia turut mengambil peluang untuk melancarkan model terbaru mereka iaitu Nexy+ 180. Tampil dengan empat pilihan warna iaitu Magic Blue, Midnight Black, Nardo Grey dan Xtreme White.

Skuter premium berteknologi tinggi ini dijana enjin 174cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa 13.6kW (18.4hp) pada 8,500rpm dan tork sekitar 17.2Nm pada 6,500rpm.

Bahagian hadapan dipermantapkan dengan rupabentuk yang cukup agresif bersama sepasang lampu utama jenis projektor LED dan Daytime Running Light (DRL). Lampu belakang cukup kemas dengan pencahayaan LED, sama juga seperti lampu isyaratnya.

Bahagian suspensi pula, depan dilengkapi dengan fork jenis teleskopik manakala belakang pula menggunakan penyerap hentak berkembar untuk kestabilan ketika memecut dan mengambil selekoh. Dari segi keselamatan pula, Nexy+ 180 ini didatangkan brek cakera 260mm di depan dan 220mm di belakang. Untuk lebih meyakinkan, model in turut dipadankan dengan sistem ABS dua saluran.

Tangki bahan api bersaiz 8 liter, tinggi pelana 765mm dan berat jentera adalah 147kg. Lebih menarik lagi, skuter ini dipadankan teknologi kamera dashcam di bahagian hadapan dan sistem Traction Control (TCS). Untuk memudahkan penunggang, ruang bawah pelanan cukup luas manakala di depan terdapat ruang kecil dengan penutup magnetik. Selain itu, Nexy+ 180 boleh disambungkan dengan aplikasi pihak ketiga seperti Carbit Ride dan Roadcam untuk menyemak data perjalanan dan rakaman video terus melalui telefon pintar.

Antara kelengkapan lain seperti meter TFT bersaiz 6-inci, soket pengecas USB Type-A & Type-C, sambungan Bluetooth untuk notifikasi panggilan telefon, cermin penghadang angin,  sistem kunci pintar, tayar dapan 110/70-R14 dan tayar belakang 130/70-R13.

WMOTO Nexy+ 180 ditawarkan pada harga asas RM8,988 (cukai jalan & insurans) bersama waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer(yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.