RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Oktober 2025

VOGE SR3 Kini di Malaysia - RM15,888

Pasaran skuter di Malaysia semakin rancak dengan pelancaran model-model terkini. Kali ini giliran VOGE Malaysia pula melangkah ke segmen itu menerusi perkenalan model VOGE SR3 2025. Model ini mengetengahkan rekaan moden dan teknologi pintar sekali gus menjadi pilihan ideal untuk mereka yang inginkan sebuah skuter yang berkuasa, selesa dan ciri keselamatan terkini dalam satu pakej.

VOGE SR3 dikuasakan dengan enjin 244.3cc silinder tungal, SOHC yang menghasilkan kuasa 19.4kW (26.3hp) pada 8,250rpm dan tork 23Nm pada 6,500rpm. Model ini turut digandingkan dengan sistem penyejuk cecair, sistem suntikan bahan api EFI untuk menawarkan prestasi yang lancar dan efisien. Transmisi CVT pada model ini dan pacuan akhir jenis tali sawat memberikan tunggangan lebih mudah serta selesa.

Model ini mempunyai berat 156kg, tinggi pelana 780mm dan tangki bahan api seluas 14 liter yang membolehkan perjalanan jarak jauh tanpa kerap mengisi bahan api. Suspensi hadapan hadir dengan fork teleskopik dan belakang menggunakan penyerap hentak berkembar. Untuk sistem brek pula dipadankan bersama sepasang brek cakera di depan dan belakang.

Ciri moden yang ada pada model ini termasuklah paparan meter TFT 7-inci, soket USB Type-A, sistem kunci pintar dan lampu-lampu LED penuh. Dari segi keselesan, cermin penghadang angin boleh dilaras secara manual dan model ini turut hadir dengan pemanas pendikit tiga tahap.

Untuk keselematan tambahan, SR3 dilengkapi sistem Traction Control (TCS) boleh on/off, TPMS, kamera Dashcam (hadapan) untuk merakam perjalanan penunggang. Ruang simpanan bawah pelana mampu memuatkan sepasang topi keledar penuh serta barangan harian. Di bahagian hadapan juga terdapat dua ruang simpanan dengan penutup magnetik.

Terdapat juga ciri ketersambungan pada paparan meter dan telefon pintar melalui sambungan Bluetooth untuk notifikasi panggilan dan kawalan suara terus di skrin.

VOGE SR3 ditawarkan pada harga asas RM15,888 (tanpa cukai jalan & insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu White, Silver dan Grey. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.