RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Oktober 2025

MODENAS Z15GT: Model Yang Ditunggu-Tunggu Telah Tiba!

Semestinya kehadiran model ini sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat motosikal di Malaysia. Ya...jom ucapkan 'Selamat Datang' kepada 'supermoped' dari MODENAS iaitu Z15GT yang baru sahaja dilancarkan oleh CEO MODENAS, En. Roslan Roskan di Litar Antarabangsa Sepang bersempena perlumbaan MotoGP Malaysia 2025.

'Sugomi' didefinasikan sebagai aura yang kuat dan bertenaga dan falsafah inilah yang digunakan dalam pembangunan Z15GT. Model terbaru ini memiliki DNA Kawasaki dan berinspirasikan ikan esotik, Arapaima yang juga melambangkan Kemewahan, Kejayaan dan Tahap Kuasa. Pada masa yang sama, bentuk ikan ini juga bukan sahaja cantik tetapi juga mempunyai ciri-ciri aerodinamik dan agresif.

MODENAS Z15GT disempurnakan dengan enjin bersesaran 149.5cc, 4 lejang, silinder tunggal yang berkuasa 16.7hp pada 9,500rpm dan tork 13.5Nm pada 7,500rpm yang menjanjikan tahap pecutan yang lancar dan cemerlang. Model ini dikemaskan dengan lampu hadapan jenis LED beserta DRL yang cukup cantik. Lampu belakang juga jenis LED dengan rekaan segar dan cukup garang.

Pergerakan sempurna model ini bukan sahaja disumbangkan oleh casis yang bertegaran tinggi tetapi juga kombinasi sistem saspensi (fork teleskopik & penyerap hentak tunggal) dan sistem brek jenis cakera hidraulik beserta ABS.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pihak MODENAS ialah Sistem Kunci Pintar, Panel Meter LCD moden, Sistem ABS, Tangki Bahan Api 5.7 liter dan menerima pengiktirafan sebagai Energy Efficient Vehicle (EEV) untuk Penjimatan Bahan Api dan Rendah Emisi Karbon. Untuk menjamin kualiti berada di tahap tertinggi, Z15GT ini dibangunkan, diuji dan dinilai oleh pihak Kawasaki.

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Graphite White, Nardso Grey dan Rosso Red yang ditawarkan pada harga yang cukup istimewa iaitu RM8,288. RR

Berikut adalah spesifikasi ringkas untuk MODENAS Z15GT:

  • Enjin: 149cc
  • Sistem bahan api: Suntikan bahan api
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Berat: 128kg
  • Tapak roda: 1,315mm
  • Tinggi pelana: 780mm
  • Kelegaan tanah: 140mm
  • Soket pengecas
  • P x L x T: 1,980 x 670 x 1,100mm

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.