RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Oktober 2025

CFMOTO 250SR Lite Masuki Pasaran Negara - RM9,988

Bersempena MotoGP Malaysia 2025, CFMOTO Malaysia secara rasminya melamncarkan model terbaru iaitu CFMOTO 250SR Lite untuk pasaran negara.

Model ini dijana dengan enjin 249cc silinder tunggal, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6-kelajuan ini menghasilkan kuasa 27hp pada 9,750rpm dan tork 22Nm pada 7,250rpm. Selain menggunakan sistem suntikan bahan api EFI, klac assist & Slippper yang ada pada model ini melancarkan lagi proses menurunkan kedudukan gear secara agresif.

Untuk bahagian suspensinya, 250SR Lite dipadankan dnegan fork teleskopik di bahagian hadapan, manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal. Sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal 292mm (depan) dan cakera 220mm (belakang) bersama sistem ABS dua saluran.

Ciri-ciri model yang dipadankan pada model ini termasuklah paparan meter digital, lampu-lampu LED bersama DRL, soket pengecas USB Type-A dan Type-C dan lampu kecemasan. Rekabentuk yang ada pada jentera ini turut menampilkan konsep karbon pada beberapa bahagian. Cermin penghadang angin yang tebal meningkatkan lagi ciri aerodinamiknya ketika menunggang laju.

Antara kelengkapan lain yang ada seperti tayar hadapan 110/70-R17, tayar belakang 140/60-R17, rim jenis aloi aluminium, berat keseluruhan 165kg, tinggi pelana 780mm, kelegaan tanah 135mm dan tangki bahan api 12 liter.

CFMOTO 250SR Lite ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan untuk jentera 250cc iaitu pada harga asas RM9,988. Model ini hadir dengan tiga pilihan warna antaranya Nebula Black, Gem Black dan Zephyr Blue. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.