RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 November 2025

EICMA 2025: NERVA - Lancar 2 model baru iaitu Aura & Spark

Pameran motosikal antarabangsa EICMA telah membuka tirainya dan jom kita mulakan dengan model terbaru dari NERVA, sebuah syarikat pengeluar motosikal elektrik dari Eropah yang beroperasi di Sepanyol, Itali dan China. Syarikat ini juga berkolaborasi dengan BYD untuk menghasilkan jentera yang tahan lasak dan berteknologi tinggi.

Nerva Aura.
Nerva Aura.

Terkini, Nerva telah melancarkan dua model baru iaitu Aura dan Spark bagi menambah barisan jentera elektrik sedia ada seperti EXE., EXE II, Lift dan Cargo.

Nerva Aura.
Nerva Aura.
Nerva EXE.
Nerva EXE.
Nerva Lift.
Nerva Lift.

Nerva Aura merupakan evolusi daripada model Cargo yang memberi tumpuan kepada rekabentuk, versatil dan bertujuan untuk jadikan tunggangan harian yang sesuai untuk semua golongan.  Model ini menggunakan konfigurasi motor “central motor” (motor pusat) bagi pengagihan berat yang lebih baik dan tunggangan yang lebih stabil.

Ia juga dilengkapkan dengan bateri jenis LFP (Lithium Iron Phosphate) manakala untuk model 'flagship' menggunakan bateri Blade generasi baru oleh BYD, dengan jaminan selama lima tahun.

Nerva Exe II.
Nerva Exe II.
Nerva Spark.
Nerva Spark.

Nerva Spark pula hadir dalam dua varian iaitu L1e-B (setara 50 cc) dengan kuasa 3kW hingga 5kW di tahap tertinggi. Model 3e-A1 pula mempunyai kekuatan enjin yang setara dengan jentera biasa bersesaran 125cc yag menawarkan kuasa 4.5 kW (normal) dan 7kW (di waktu puncak).

Nerva Spark.
Nerva Spark.

Spark dilengkapi bateri boleh tanggal dari BYD yang memudahkan proses penyimpanan atau pengecasan di rumah atau di pejabat. Model ini dijangka memasuki pasaran pada penghujung suku pertama tahun hadapan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.