RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 November 2025

QJMOTOR ATX 250 & ATX 250 X Bakal Masuk Pasaran Negara - Bermula RM12,988

Selain memperkenal model sportbike dan naked, QJMOTOR dan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd turut melancarkan skuter baharu 250cc iaitu ATX 250. Terdapat dua varian yang bakal dipasarkan di Malaysia iaitu versi Standard dan versi X.

ATX 250
ATX 250

Dari segi rekabentuk, kedua-dua model menampilkan gaya yang sama iaitu skuter adventure yang didatangkan dengan lampu LED penuh, paparan meter TFT bersaiz 5-inci, cermin penghadang angin boleh laras, lampu kabus dan Crash Bar. Dari segi enjin juga turut sama iaitu 249cc silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 25hp pada 8,000rpm dan tork 24.5Nm pada 6,500rpm.

Sementara itu, varian ATX 250 X disempurnakan dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti penggunaan tayar dengan rim jenis jejari dan kotak barangan belakang (top box). Untuk varian standard pula kekal dengan rim aloi yang lebih ringan.

QJMOTOR ATX 250 X
QJMOTOR ATX 250 X

Bahagian suspensi juga berbeza di mana versi X dilengkapi fork hadapan jenis terbalik bersama penyerap hentak berkembar di belakang. Manakala ATX 250 hadir dengan fork hadapan jenis teleskopik.

Dari segi kelengkapan lain adalah tangki bahan api 12.5 liter, berat 161kg, tinggi pelana 780mm, brek cakera 240mm (depan & belakang), sistem ABS dua saluran dan Traction Control.

Untuk pasaran negara QJMOTOR ATX 250 ditawarkan pada harga asas RM12,988 manakala varian ATX 250 X pada harga asas RM13,988. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia