RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 November 2025

Skuter Hybrid Pertama Yamaha, EGO Gear Pro

Bersempena dengan Yamaha Automatic World Roadshow di Mayang Mall, Terengganu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya memperkenalkan EGO Gear Pro versi yang dipertingkatkan.

Model ini didatangkan dengan enjin BLUE CORE Hybrid 125cc, silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk udara. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa 8.3hp pada 6,500rpm dan tork sekitar 9.9Nm pada 5,500rpm. Dengan Power Assist, sistem ini akan memebrikan pecutan kuasa tambahan ketika motosikal memulakan pergerakan. Hasilnya tork maksimum 10.6Nm pada 4,500rpm.

Selain itu, meleluai Smart Motor Generator (SMG) memastikan enjin motosikal dapat dihidupkan dengan lebih senyap dan lancar. Sistem Stop & Start pula membantu menjimatkan penggunaan bahan api di mana apabila sistem itu diaktikan, enjin pada motosikal akan mati secara automatik dan hidup semula apabila penunggang memulas pendikit.

Bahagian tangki bahan apinya juga turut dipertingkatkan kepada 5.1 liter untyuk menawarkan jarak tunggangan lebih jauh. Dari segi beratnya pula ringan sekitar 95kg manakala rekabentuknya aerodinamik untuk memudahkan kawalan di laluan sempit. Lampu utamanya jenis LED manakala tempat pemijak kaki anti-gelicir dan EGO Pro ini turut dilengkapi lampu kecemasan.

Kelengkapan lain adalah meter digital dengan sambungan Y-Connect, rungang simpanan bawah pelana 18.6 liter, fork teleskopik, tinggi pelana 750mm, kelegaan tanah 135mm, brek cakera di hadapan, sistem Answer Back, tayar hadapan dan belakang bersaiz 110/70 - 12.

Yamaha EGO Gear Pro hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Stellar White, Navy Green dan Cosmic Blu yang ditawarkan pada harga asas RM6,198 (tanpa insurans & cukai jalan). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.