RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Disember 2025

Yamaha Perkenalkan YE-01 Konsep - Motocross Elektrik

Yamaha Motor Global menenjukkan inovasinya dalam dunia permotoran selepas memperkenalkan YE-01 Racing Kosep yang merupakan sebuah motosikal Motocross elektrik. Model yang dibangunkan hasil kerjasama di antara Yamaha Motor dan Electric Motion (EM) khusus untuk menyertai kategori baharu motocross elektrik, MXEP, iaitu kelas yang bakal mempamerkan prototaip motosikal elektrik terpilih dalam beberapa pusingan Kejuaraan Dunia Motocross FIM pada masa hadapan.

Dari segi rekabentuk, YE-01 menggunakan rangka daripada model YZ450F versi 2026, memastikan ergonomi dan kestabilan motosikal tetap optimum. Suspensi KYB laras penuh membolehkan pelumba menyesuaikan tindak balas mengikut keadaan lintasan, manakala kedudukan bateri dan komponen elektrik diatur untuk memastikan pusat graviti rendah dan kelincahan tinggi.

Dibangunkan khusus untuk kegunaan motocross, YE-01 Rcing Konsep tampil dengan motor elektrik berpenyejukan cecair yang menghasilkan kuasa setaraf MXGP. Bagi mengekalkan karekter tunggangan Yamaha, motor elektrik dipadankan dengan klac hidraulik, manakala kedudukan bateri dioptimumkan bagi mencapai pusat graviti yang lebih seimbang. Tambahan pula, mod kuasa dan teknologi bantuan tunggangan seperti traction control turut dipadankan pada motosikal ini.

Selaras dengan Yamaha Motor Group Environmental Plan 2050. Konsep “Fun-Based Carbon Neutrality” menekankan kelestarian tanpa mengorbankan keseronokan tunggangan. Model ini membuka pintu kepada era baharu motocross elektrik, menunjukkan jentera ini boleh bersaing di dalam litar sambil mengutamakan suasana mesra alam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.