RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Januari 2026

Thunder Custom LS250-S: Model Kustom Lulus JPJ. Harga asas RM23,788!

Bike Continent Sdn Bhd, yang sebelum ini terkenal sebagai pengedar utama jentera GPX dan Lambretta hari ini telah memperkenalkan jenama terbaru iaitu Thunder Motorcycles.

Model sulung yang dilancarkan ialah Thunder Custom LS250-S yang hadir dalam dua varian iaitu Softail dan Hardtail menawarkan gaya dan kemasan akhir yang memang cukup mantap!

Thunder Motorcycles berasal dari Jepun yang berkolaborasi dengan syarikat 'pembuat jentera kustom' di China untuk tujuan pengeluaran. Thunder Custom disempurnakan dengan enjin silinder berkembar V bersesaran 249cc yang menghasilkan kuasa 17hp pada 8,000rpm dan tork 19Nm pada 6,000rpm. Model ini juga hadir dengan sistem transmisi lima kelajuan.

Rekabentuk model ini memang mantap. Dengan konsep easyrider, diubahsuai gaya Jepun yang pastinya menarik ramai peminat. Bahagian depan dikemaskan dengan lampu berbentuk bulat, panel meter juga berbentuk bulat manakala sistem saspensi jenis springer dipadankan dengan sistem saspensi belakang terdiri daripada penyerap hentak tunggal (Versi Softail) dan Spring Pelana (Versi Hardtail).

Walaupun ia boleh yang 'diubahsuai' cukup garang, pemiliknya tidak perlu risau kerana ia telah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Model 'Custom' baru di pasaran negara ini ditawarkan pada harga RM23,788. RR

Spesifikasi ringkas:

  • Tayar hadapan/Tayar belakang: 5.0-16
  • Brek hadapan: cakera 300mm berserta ABS
  • Brek belakang: cakera 280mm berserta ABS
  • Berat: 181kg
  • Tinggi pelana: 650mm
  • Tapak roda: 1,540mm
  • P x L x T: 2,210 x 750 x 980mm
  • Isi tangki: 7 liter

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.