RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Februari 2026

Triumph Speed Triple 765 RX & Trident 800 Dilancarkan. Harga bermula RM53,900

DIDI Group telah melancarkan dua model jalanan serba baru iaitu Street Triple 765 RX dan Trident 800 yang menampilkan rekabentuk yang menarik dan spesifikasi enjin yang cukup mantap. Majlis pelancaran telah diadakan di LYL International Kartng Circuit ini telah disempurnakan oleh En. Eugene Tay, Pengarah Eksekuytif Didi Motorcycle, Ms. Jessie Lee, Ketua Penjenamaan Triumph Malaysia dan En. Zarizal Imran, Pengurus OEM FUCKS Lubricants Malaysia.

Triumph Speed Triple RX merupakan sebuah jentera yang diinspirasikan daripada model terkemuka, Speed Triple RS yang memiliki prestasi cemerlang untuk jalanan biasa dan ketangkasan di litar perlumbaan. Model ini disempurnakan dengan enjin 765cc, 3 silinder-sebaris, ROHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 128hp pada 12,000rpm dan tork 80Nm pada 9,500rpm.

Model baru RX ini didatangkan dengan saspensi hadapan jenis Ohlins NX30 pelarasan penuh yang dipadankan dengan bar hendal jenis 'clip-on' yang menawarkan pengendalian lebih agresif, posisi menunggang lebih padu dan tangkas untuk meratah jalan-jalan berliku. Bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal Ohlins STX40 yang juga boleh dilaras sepenuhnya.

Antara ciri-ciri moden yang dipadankan pada model ini ialah sistem ABS, Traction Control, Mod Tunggangan, Quickshifter, panel meter TFT 5-inci, Cornering ABS dan sistem komunikasi bluetooth. Tayar hadapan bersaiz 120/70 ZR17 manakala di belakang, 180/55 ZR17 yang dikawal dengan cemerlang oleh brek hadapan jenis cakera, 310mm dengan angkup Brembo Stylema dan brek cakera 220mm di belakang beserta sistem ABS.

Street Triple 765 RX ini  hanya akan dipasarkan pada tahun ini sahaja pada harga RM81,100 dan model baru ini akan berada di pengedar sah Triumph di seluruh negara bermula Mac ini.

Trident 800 baru pula semestinya memberikan pengalaman menunggang lebih seronok, tangkas dan mengujakan buat para pemiliknya kelak. Untuk model ini, ada dua varian yang ditawarkan iaitu versi asas (RM53,900) dan versi SE yang bernilai RM56,900.

Trident baru ini disempurnakan dengan enjin 798cc, 3 silinder, DOHC yang memberikan kuasa maksimum 113hp pada 10,750rpm dan tork 84Nm pada 8,500rpm.

Untuk memudahkan pemiliknya menikmati pelbagai jenis jalanan, Trident 800 ini memiliki sistem elektronik terkini seperti Mod Tunggangan (Raid, Road, Sport), Optimised Cornering ABS, Optimised Cornering Traction, Triumph Bluetooth Cnnectivity, Cruise Control,Triumph Shift Assist dan paparel meter TFT.

Fork hadapan jenis USD, Showa 41 dengan fungsi SFF-BP yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal Showa di belakang.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 R17 dikawal oleh sepasang brek cakera 310mm. Tayar belakang 180/55 R17 dengan brek cakera 220mm, kedua-duanya hadir dengan sistem ABS.

Terdapat beberapa pilihan warna terdiri daripada Ash Grey (dengan kemasan Merah Diablo Red), Carnival Red dan Jet Black.

Untuk versi Special Edition (SE), hanya satu warna dipasarkan iaitu Jet Black pada harga RM56,900 dan 30 pelanggan pertama akan menerima sistem ekzos Akrapovic, Pelana 'Single' dan Cermin Sisi Bar End yang kesemuanya itu bernila RM850. Para pemilik terawal juga akan menerima jaket menunggang Triumph (sementara stok masih ada).

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.