RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mac 2026

Aveta Viper 180 Dilancarkan - RM8,998

Pasaran skuter tempatan terus menerima suntikan baharu apabila Aveta Malaysia memperkenalkan model automatik terkini iaitu Viper 180. Model ini sememangnya direka buat mereka yang mahukan kuasa lebih bertenaga, terknologi terkini dan sesuai untuk kegunaan urba serta jarak jauh.

Viper 180 dijana  dengan enjin 174cc silinder tunggal, SOHC bersama sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi CVT ini mampu menghasilkan kausa maksimum 18.2hp pada 8,500rpm dan tork 17.2Nm pada 6,500rpm.

Model ini menggunakan tangki bahan api berkapasiti 10.5 liter yang sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Jarak rodanya sekitar 1,375mm yang membantu meningkatkan kestabilan, terutamanya ketika memecut atau mengekalkan kelajuan di lebuh raya.

Dari sudut teknologi pula, Viper 180 hadir dengan paparan meter TFT 7-inci boleh sentuh. Terdapat juga sistem dashcam di bahagian hadapan bagi merakam perjalanan. Terdapat juga sistem ABS dua saluran dan Traction Control yang boleh diaktifkan atau nyahaktif.

Rekabentuk hadapan pula disempurnakan dengan sepasang lampu utama jenis LED dan DRL yang menampilkan gaya seaakan taring ular. Kelengkapan lain seperti lampu belakang LED, sistem suntikan bahan api jenis BOSCH, kedudukan bar hendal boleh laras, berat 127kg, tinggi pelana 770mm , tayar hadap 110/70-15, tayar belakang 130/70-13, sistem kunci pintar dan brek-brek jenis cakera.

Aveta Viper 180 Ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Arctic White, Midnight Black dan Storm Gray. Model ini dijual pada harga asas bermula RM8,998. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia