RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 April 2026

AVETA Perkenalkan 3 Model Terkini: Serra 125, VS115 dan NOVA 200

Bukan satu...tapi tiga model baru yang diperkenalkan oleh Aveta Motor Malaysia yang terdiri daripada dua model skuter dan satu model moped. Ketibaan model-model ini pastinya menjadikan pasaran moped dan skuter tanahair semakin meriah...atau semakin kompetitif.

Aveta VS 115: Model moped ini adalah tawaran menarik buat semua golongan penunggang. Enjin 113cc, silinder tunggal, sistem sejukan udara, SOHC menawarkan hantaran kuasa 6.5kw pada 8,000rpm dan tork 9.0Nm pada 6,000rpm. Sistem transmisi jenis manual dengan 4 kelajuan yang disesuaikan dengan fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak berkembar di behagian belakang.

Jentera yang ditawarkan pada harga RM3,488 ini menggunakan tangki bersaiz 4 liter dan hanya seberat 83kg, mudah untuk semua jenis penunggang. Tayar hadapan bersaiz 2.25-17 dan belakang 2.5-17 dan kedua-dua menggunakan sistem brek jenis drum. Spesifikasi lain antaranya ialah rekaan lampu serba baru, ada soket pengecas USB (jenis A & C) dan penghidup jenis elektrik/tendang.

Aveta SERRA 125: Model ini menawarkan rekabentuk yang cukup moden - jelas ditampilkan menerusi rekaan lampu hadapan (jenis LED) yang lengkap dengan sistem DRL. Bahagian hadapan diserikan dengan panel meter digital menarik, port pengecas USB (jenis A & C), Cangkuk Pembawa Barangan dan ruang simpanan bersaiz kecil. Pelana setinggi 770mm dengan ruang simpanan yang agak besar. Posisi menunggang selesa manakala ruang tempat pemijak juga selesa, ia bersaiz sederhana.

Serra 5 disempurnakan dengan enjin 124c, silinder tunggal, sistem penyejuk udara yang menawarkan hantaran kuasa sekitar 8.8hp pada 7,500rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000 rpm. Untuk menjamin ketangkasannya melalui kawasan-kawasan urban, skuter ini menggabungkan antara kerangka 'bakbone' dengan sistem saspengi yang terdiri daripada fork teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis spring gegelung.

Spesifikasi Ringkas:

  • Transmisi jenis CVT/Automatik
  • Tayar hadapan: 80/90-14
  • Tayar belakang: 90/90-4
  • Brek hadapan: cakera
  • Brek belakang: drum
  • Berat: 105kg
  • Isi tangki: 6 liter

Model ini ditawarkan pada nilai RM5,088 (harga asas) dengan tiga pilihan warna iaitu Ash Grey, Mystic Mint & Pixel Blue.

'Bintang' pada malam itu jatuh kepada Aveta Nova 200, sebuah skuter berprestasi yang memiliki pakej yang sempurn. Enjin model ini bersesaran 183.3cc, 4-lejang SOHC dengan hantaran kuasa 18hp pada 8,000rpm dan tork 17.6Nm pada 5,500rpm. Bahagian hadapan dikemaskan rekabentuk lampu LED yang menarik dan winglet aerodinamik.

Saiz tangki 10 liter yang memberikan perjalanan yang agak jauh untuk jentera dengan pacuan akhir jenis CVT ini. Model ini juga menggunakan sistem Kunci Pintar bagi memudahkan pemiliknya. Tinggi pelana? Ia hanya 778mm yang mudah ditunggang oleh sesiapa sahaja.

Untuk kepuasan menunggang, sistem saspensi skuter ini terdiri daripada fork jenis teleskopik di bahagian hadapan yang dipadankan dengan penyerap hentak berkembar dengan tabung gas di belakang. Tayar hadapan bersaiz 100/80-14 dan belakang 120/70-14 yang disokong oleh brek-brek jenis cakera beserta sistem ABS dan sistem Traction Control.

Model baru ini ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Neon Pulse, Nano Grey dan Nordic Blue pada harga cukup menarik, RM8,488. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.