RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 April 2026

EZI RAY 01 Dilancarkan di Malaysia - RM4,688

Skuter elektrik EZI RAY 01 diperkenalkan di pasaran Malaysia bersempena Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh yang berlangsung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80 di Stadium Batu Kawan.

Model ini ditawarkan pada harga asal RM4,688, namun kini boleh dimiliki pada harga promosi RM2,288 selepas rebat Mforce.Cas sebanyak RM2,400. Tawaran ini tidak termasuk kos pendaftaran serta insurans dan sah sehingga 30hb Jun 2026 atau selagi stok masih ada.

EZI RAY 01 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Nova White, Plasma Blue, Venus Grey dan City Black yang menyasarkan pengguna bandar yang mahukan kenderaan elektrik praktikal dan moden.

Model ini dikuasakan dengan hub motor berkuasa 2,000W bersama penyejukan udara yang menawarkan perjalanan sehingga 120 km pada kelajuan 25 km/j serta kelajuan maksimum 68 km/j.

Bahagian suspensi terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban. Untuk sistem brek pula jenais cakera pada kedua-dua roda yang memberikan kuasa membrek yang lebih baik.

Skuter ini menggunakan tayar CST bersaiz 90/90-10 serta mempunyai ketinggian pelana 735mm dan berat 130 kg bagi memastikan kestabilan serta kawalan mudah.

Ciri-ciri moden termasuk paparan meter LED, port USB Type-A, sistem tanpa kunci dengan NFC serta pencahayaan LED penuh. EZI RAY 01 turut dilengkapi ruang simpanan hadapan, bateri 72V32Ah, tiga mod tunggangan dan fungsi Walk Assist.

Setiap pembelian disertakan jaminan dua tahun atau 20,000 km, selain sokongan alat ganti tulen daripada Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.