RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2026

SYM HUSKY 200 Curi Tumpuan di MBS 2026 - RM10,998

SYM Malaysia telah melancarkan model terbaharu iaitu HUSKY 200 sempena dengan Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Kehadiran model ini melengkapkan siri keluarga Husky yang sebelum ini hadir dengan Husky 150 dan Husky 300.

Model ini didatangkan enjin silinder tunggal 175cc sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api yang menghasilkan kuasa sekitar 16.1hp pada 8,000rpm dan tork 15.6Nm pada 7,000rpm. Sistem transmisi jenis CVT menghasilkan kuasa yang cukup sesuai untuk kegunaan harian, perjalanan jarak sederhana mahupun tunggangan hujung minggu.

Ciri keselamatan yang ada pada HUSKY 200 termasuklah brek cakera hadapan 260mm, brek cakera belakang 230mm, sistem ABS dua saluran dan Traction Control yang hadir sebagai ciri standard.

Husky 200 dilengkapi dengan paparan meter TFT bersaiz 5 inci yang menawarkan mod siang dan malam secara automatik mengikut keadaan pencahayaan persekitaran. Selain itu, sistem kunci pintar, soket pengecas USB Type-A, lampu LED penuh dan suis lampu kecemasan turut menjadi sebahagian daripada kelengkapan standard model ini.

Satu lagi kelebihan yang menarik perhatian ialah kapasiti tangki bahan api sebesar 15 liter, antara yang terbesar dalam kelasnya. Dengan kapasiti tersebut, Husky 200 berpotensi menawarkan jarak perjalanan yang lebih jauh tanpa perlu kerap singgah mengisi minyak.



Antara kelengkapan lain seperti tayar hadapan 120/70-13, tayar belakang 130/70-13, fork teleskopik, penyerap henak tunggal di belakang, ruang simpanan bawah pelana, berat 152kg, tinggi pelana 810mm dan terdapat ruang simpanan kecil di hadapan.

SYM HUSKY 200 ditawarkan pada harga asas RM10,998 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran). Model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Glossy Green, Silk Purple dan Pearl White. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.