RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Julai 2026

SENKE Malaysia Perkenalkan SK400-KG - Bermula RM21,800

Jenama motosikal baharu di Malaysia, SENKE Malaysia secara rasminya memperkenalkan model naked baharu iaitu SK400-KG yang menggabungkan gaya futuristik, prestasi mantap dan teknologi moden bagi memenuhi keperluan penunggang yang mahukan keseimbangan antara penampilan menarik serta pengalaman tunggangan yang mengujakan.

Menampilkan konsep reka bentuk mekanikal masa hadapan, SK400-KG tampil dengan gaya agresif menerusi badan yang tegap, rangka jenis trellis yang terdedah serta penggunaan lampu jenis LED yang memberikan identiti tersendiri dan mudah mencuri perhatian di jalan raya.

Jentera ini dikuasakan enjin 378cc dua silinder sebaris (parallel-twin), 8 injap dengan sistem penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 35.7hp pada 9,000rpm. Kuasa yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan bersama sistem pacuan akhir jenis rantai menawarkan pecutan responsif serta penghantaran kuasa yang lancar untuk kegunaan harian di bandar mahupun tunggangan jarak jauh pada hujung minggu. Sistem suntikan bahan api dikawal oleh ECU (DC-ECU) manakala penghidupan enjin menggunakan sistem electric starter.

Selain itu, SK400-KG dilengkapi cakera brek jenis tunggal 300mm di hadapan dan cakera 240mm di belakang yang turut dipadankan sistem ABS dua saluran. Tayar hadapan bersaiz 110/70-17 di hadapan dan tayar belakang 150/55-17 dipasang bersama rim 17 inci.

Kelengkapan lain adalah jarak roda 1,410 mm, berat kering 187kg, tinggi pelana 905 mm, kelegaan bumi 220mm, mufler ekzos berkembar dan paparan meter digital.

Untuk pasaran negara, SENKE SK400-KG ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Silver dan Grey. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula harga RM21,800 (tanpa termasuk cukai jalan, insurans & pendaftaran). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.