RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Ogos 2026

WMOTO NEXY+ 180 Tampil Dengan Beberapa Ciri Naiktaraf

Sejak diperkenalkan pada bulan Oktober 2025, WMOTO NEXY+ 180 kini hadir dengan beberapa penambahbaikan baharu yang menjadikan model ini lebih praktikal, selesa dan premium. Ditawarkan pada harga asas RM9,288 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), skuter ini masih mengekalkan enjin 174cc namun didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan yang meningkatkan pengalaman tunggangan.

NEXY+ 180 masih menggunakan enjin silinder tunggal 174cc SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 18.4hp pada 8,500rpm dan tork 17.2Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisi jenis CVT pula menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian terutama untuk tunggangan di dalam bandar mahupun jarak jauh.

Bagi sistem keselamatan, model ini turut dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang bersama ABS dua saluran serta Traction Control System (TCS) bagi meningkatkan keyakinan ketika menunggang di pelbagai keadaan jalan.

Antara penambahbaikan paling menarik ialah kehadiran Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) yang membolehkan tekanan angin tayar dipantau secara masa nyata menerusi paparan meter. Selain itu, WMOTO turut menambah lampu kabus bagi memberikan pencahayaan lebih baik ketika menunggang dalam cuaca hujan atau berkabus.

Welcome light yang memaparkan logo NEXY+
Welcome light yang memaparkan logo NEXY+

Sebagai sentuhan premium, skuter ini juga dilengkapi logo projection light (welcome light) yang memancarkan logo NEXY+ ke permukaan jalan setiap kali suis dihidupkan atau dimatikan. Dari sudut keselesaan, NEXY+ 180 kini menerima backrest untuk penunggang untuk memberikan sokongan tambahan kepada bahagian belakang terutama ketika perjalanan jauh.

Ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas masih dikekalkan, selain ruang simpanan hadapan dengan penutup magnetik. Ciri moden lain seperti sistem kunci pintar (Smart Key), sambungan Bluetooth, meter TFT berwarna bersaiz 6 inci, port pengecas USB Type-A dan Type-C serta sambungan aplikasi Carbit Ride.

Rekaan luaran masih menampilkan gaya agresif dengan lampu utama projektor LED, lampu siang (DRL), lampu belakang LED dan cermin penghadang angin yang sesuai untuk tunggangan harian.

Suspensi teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dipadankan dengan tayar hadapan 110/70-14 serta tayar belakang 130/70-13 bagi memberikan kestabilan ketika mengambil selekoh atau menunggang pada kelajuan tinggi. Turut melengkapkan pakej pada jentera ini ialah kamera dashcam hadapan yang membolehkan rakaman perjalanan dilakukan secara terus.

WMOTO NEXY+180 baharu ini didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Xtreme White, Magic Blue, Nardo Grey dan Mildnight Black. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.