RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Ogos 2026

Vespa Malaysia Lancar Tiga Model Baharu di AOS 2026

Vespa Malaysia memperkenalkan tiga model terbaharu bagi tahun 2026 iaitu Vespa Primavera S 180, Vespa Sprint S 180 dan Vespa Sprint Tech 180 di Art of Speed 2026. Ketiga-tiga model ini menampilkan evolusi terkini reka bentuk ikonik Itali yang menjadi identiti Vespa sejak sekian lama namun digabungkan dengan peningkatan dari segi teknologi, keselesaan tunggangan dan enjin i-get 180cc.

Ketiga-tiga model dikuasakan dengan enjin i-get 174cc generasi baharu yang menghasilkan hantaran kuasa 14.7hp pada 8,250rpm dan tork sekitar 13.7Nm pada  6,500rpm. Selain menawarkan pecutan lebih lancar, dari segi kecekapan bahan api yang dipertingkatkan sama ada untuk kegunaan di bandar mahupun perjalanan hujung minggu.

Model 2026 ini turut menerima pelbagai ciri teknologi baharu seperti paparan meter LCD berwarna penuh dengan antara muka yang lebih moden, sistem kunci pintar bagi varian S & Tech, paparan TFT berwarna bersaiz 5-inci pada Sprint Tech dan sistem brek cakera berkembar dengan ABS dua saluran yang meningkatkan tahap keselamatan dan kawalan ketika menunggang.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Vespa, barisan model 2026 turut menampilkan lencana khas 80th Anniversary bersama beberapa pembaharuan pada rekabentuk luaran termasuk rim baharu, rekaan bahagian hadapan yang dikemas kini, kemasan badan lebih elegan dan terdapat tempat penyangkut barang boleh lipat untuk kegunaan harian. Pemilik juga boleh melengkapkan jentera mereka dengan pelbagai aksesori tulen Vespa seperti kotak simpanan belakang mengikut warna badan, cermin penghadang angin, rak bagasi dan pelindung badan yang direka semula.

Setiap model dalam barisan baharu ini tampil dengan identiti tersendiri. Vespa Primavera S 180 mengetengahkan kemasan gangsa eksklusif, rim potongan berlian serta tempat duduk premium yang ditawarkan dalam warna White Innocente dan Blue Capri. Harga bermula RM21,500.

Manakala untuk Vespa Sprint S 180 pula tampil lebih sporty dengan kemasan berwarna merah pada beberapa bahagian, tempat duduk baharu dan hadir dengan pilihan warna White Innocente, Matt Black Convinto, Grey Intrepido, Green Tenace serta Grey Essenziale. Harga asas bermula RM21,900.

Bagi Vespa Sprint Tech 180 yang dijual pada harga bermula RM23,500 merupakan varian paling canggih dengan gabungan paparan TFT, sistem brek cakera berkembar bersama ABS dua saluran yang didatangkan dalam warna White Innocente, Matt Black Convinto dan Matt Grey Travolgente.

Setiap model Vespa 180cc didatangkan dengan waranti kilang selama empat tahun atau jarak perjalanan sehingga 60,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.