RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Ogos 2026

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad. Berbeza dengan model standard, Vanguard 250 Edisi Terhad hanya dihasilkan sebanyak 688 unit sahaja yang akan hadir dengan plak nombor siri individu sebagai bukti keaslian dan eksklusivitinya.

Model edisi khas ini tampil lebih menyerlah menerusi kemasan warna Eclipse Blue serta menerima beberapa komponen eksklusif yang membezakannya daripada versi biasa. Antaranya ialah bar hendal jenis sporty, pemijak kaki logam (metal footpegs) yang lebih lasak, paparan animasi "Limited Edition" apabila meter TFTnya dihidupkan, grafik khas Limited Editon dan emblem bernombor yang hanya terdapat pada model ini.

Walaupun menerima sentuhan kosmetik dan aksesori premium, Vanguard 250 Edisi Terhad masih mengekalkan rekabentuk dan enjin yang sama seperti Vanguard 250 standard. Ini bermakna penunggang masih menikmati prestasi yang seimbang untuk tunggangan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Model ini menggunakan enjin 249cc satu silinder, empat lejang, sistem penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI). Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad menghasilkan 24.8hp pada 9,000rpm dan tork 22.5Nm pada 7,000rpm.

Bagi aspek keselamatan, Vanguard 250 Edisi Terhad dilengkapi sistem ABS dua saluran, Traction Control dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS). Kelengkapan lain termasuk panel meter TFT berwarna, lampu-lampu LED, soket USB, tinggi pelana 780mm, tangki 13 liter, berat 177kg dan cermin penghadang angin boleh laras.

Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad ini hanya ditawarkan pada harga asas bermula RM17,188 (tanpa cukai jalan & insurans). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.