RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 September 2026

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Adakah pasaran dua roda di Malaysia bakal menerima satu lagi jenama baharu apabila LETBEE Nomad 350 dirancang bakal diperkenalkan ke negara ini pada tahun 2027 di bawah naungan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.  Model ini cukup menarik perhatian kerana tampil dengan rekaan yang cukup berbeza berbanding kebanyakan skuter Grand Tuoring (GT) sedia ada.

Perkembangan mengenai kehadiran Nomad 350 serta beberapa model lain ke Malaysia ini kami ketahui ketika mengikuti lawatan ke kilang di Guangzhou, China baru-baru ini. Dalam lawatan tersebut, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi serta rangkaian produk di bawah HAOJIN termasuklah jenama LETBE yang bakal mengembangkan sayap ke pasaran Malaysia.

Berdasarkan maklumat spesifikasi yang dibekalkan, Nomad 350 menggunakan enjin satu silinder 330cc dengan sistem penyejukan cecair. Model ini menghasilkan kuasa maksimum sekitar 22.6kW (30.3hp) pada 7,500rpm dan tork 34Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi pula menggunakan CVT yang menjadikannya sesuai sebagai skuter GT untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh. 

Nomad 350 mempunyai ukuran yang agak besar dengan jarak roda 1,510mm, kelegaan tanah 154mm dan ketinggian pelana 785mm. Berat bersih pula sekitar 187.5kg manakala kapasiti tangki bahan api mencapai 15.2 liter. Saiz tayar hadapan adalah 120/70-15 dan belakang 140/70-14.

Dari segi penampilanpula, skuter ini berkonsepkan  crossover/GT dengan badan yang kelihatan tegap dan berkotak. Identiti model ini juga dikaitkan dengan pendekatan reka bentuk LETBE yang lebih berani. Malah, HAOJIN sendiri menggambarkan Nomad 350 sebagai skuter crossover dengan rekabentuk lasak yang turut menawarkan elemen skrin LED hadapan yang boleh disesuaikan serta sistem pencahayaan interaktif. 

Buat masa ini, harga dan tarikh pelancaran rasmi serta spesifikasi akhir untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun, dengan perancangan membawa masuk model ini pada 2027, LETBE Nomad 350 pastinya antara skuter baharu yang wajar diberi perhatian oleh peminat motosikal tempatan.

Apa pandangan anda? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.