RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 September 2026

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252V rasmi berada di pasaran Malaysia selepas model ini dilancarkan sempena Malaysia Bike Show menerusi Mforce MotoXperience 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. C252V merupakan sebuah model cruiser yang menampilkan rekabentuk cukup menyerlah selain menawarkan karakter tunggangan yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V2 249cc empat lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa 19kW pada 9,000rpm dan tork 25Nm pada 5,500rpm. Selain didatangkan bersama sistem suntikan bahan api elektronik, C252V turut hadir sengan siste.m slipper clutch dan pendikit dwi kabel untuk tindak balas lebih responisif. Sementara itu, saiz tamgki bahan api pula sekitar 15.5 liter sahaja.

Dari segi keselesaan, C252V menggunakan suspensu hadapan jenis USD dengan jarak travel 115mm manakala bahagian belakang jenis penyerap hentak berkembar bersama pelarasan prabeban.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal di hadapan dan belakang dengan ABS dua saluran. Selain itu, sistem Traction Control turut tersedia untuk mengawal cengkaman tayar belakang ketika berada di laluan licin atau berbatu.

Model ini menggunakan tayar hadapan bersaiz 130/90-16 CST dan 150/80-16 CST di belakang yan gmasing-masing dipadankan dengan rim jenis jejari. Kombinasi ini bukan sahaja menguatkan imej cruiser klasiknya tetapi memberikan karakter tunggangan tersendiri.

Antara kelengkapan lain seperti tinggi pelana 690mm, kelegaan tanah 173 mm, berat 177kg, paparan meter LCD untuk tahap kelajuan, soket USB Type-A, lampu-lampu LED, lampu kecemasan dan suis keselamatan tongkat sisi.

Morbidelli C252V ditawarkan pada harga asas bermula RM16,988 (tanoa cukai jalan dan insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu Bulk Black, Moss Green dan Urban Silver. Setiap pembelian model ini turut disertakan bersama waranti selama dua tahun. Perlindungan komprehensif penuh diberikan untuk tempoh dua tahun atau sehingga 20,000km mana yang terdahulu.

Walaubagaimanapun, sekiranya jarak perjalanan melebihi 20,000km dalam tempoh dua tahun  komponen enjin kekal dilindungi menerusi waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti yang masih ada. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.