RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Februari 2017

Yamaha Ego Solariz 125 Baru!

Ego Solariz 125 merupakan skuter terbaru keluaran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dan telah dilancarkan pada pertengahan Januari lalu. Skuter serba baru ini menawarkan ciri-ciri menarik seperti ekzos yang bergaya, lampu hadapan agresif, ruang simpanan yang luas (10 liter) dan pastinya dengan enjin berteknologi BLUECORE yang menjanjikan lebih pecutan dan penjimatan bahan api yang optimum.

“Ego Solariz merupakan sebuah jentera yang penuh dengan fungsi, seronok dan cantik sekali. Ia adalah sebuah model konsep dengan terma ‘Lifestyle-Utility.’ Ego Solariz adalah pilihan sesuai untuk tunggangan harian tanpa sempadan umur dan jantina. Ia boleh ditunggang ke kedai runcit, membawa anak ke sekolah dan ke tempat kerja. Model ini sememangnya sebuah jentera yang fleksibel,” kata Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor di majlis pelancarannya.

Skuter baru ini dikuasakan oleh enjin 125cc, sistem penyejuk jenis udara, SOHC yang menawarkan kuasa setinggi 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm. Untuk memberikan tunggangan yang menjimatkan, panel meternya Ego Solariz didatangkan dengan penunjuk 'eco' yang akan menyala apabila kadar penggunaan bahan api dan keseimbangan kuasa yang efisien dicapai.

Ego Solariz ditawarkan pada harga RM5,548 (termasuk GST) dengan empat pilihan warna iaitu Merah, Biru, Magenta dan Perang. Ayuh! Cepat ke pusat-pusat pengedar berhampiran anda kerana bermula 10 Januari hingga 31 Mac nanti, para pembeli Ego Solariz akan menerima jaket istimewa daripada pihak HLYM sementara stok masih ada. RR

Isu Pada

Februari 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.