RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2017

Skuter Treelektrik : Janjikan Penjimatan & Kebersihan Alam

Pengeluar skuter berkuasa elektrik tempatan, Tree Movement (M) Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa skuter elektrik keluaran mereka iaitu Treelektrik T-90 kini telah berada di pasaran bermula pada bulan Julai yang lalu. Berita baik ini telah diumumkan ketika berlangsungnya majlis tandatangan di antara syarikat ini dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sebagai pengedar utama penjualan Treelektrik di Malaysia.

Teknologi motosikal elektrik 'Treelektrik E-Bike' sering dikaitkan dengan pembangunan Teknologi Hijau yang berasaskan tenaga yang mesra alam dan bebas pencemaran. Kehadiran motosikal elektrik seperti ini bukan sahaja memberi lebih pilihan buat para pengguna motosikal tetapi juga menjimatkan. Ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang banyak seperti motosikal biasa iaitu petrol, minyak enjin, minyak gear dan lain-lain. Berdasarkan kajian syarikat ini, kos penyelenggaraan motosikal di negara ini dalam tempoh tiga tahun mencecah sekurang-kurangnya RM5,684 dan pastinya kos ini dapat dijimatkan dengan memiliki Treelektrik.


Treelektrik T-90 menggunakan motor elektrik yang dipasang pada hub tayar belakang yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 5,000 wat dan didatangkan dengan dua jenis bateri iaitu asid plumbum dan lithium boleh dicas dengan mudah sekali iaitu menggunakan plug tiga pin yang mudah didapati hampir di mana sahaja. Masa mengecas untuk bateri jenis lithium ialah sekitar lima hingga enam jam yang mampu membawa kita bergerak sejauh 110 kilometer. Masa mengecas untuk bateri jenis asid plumbum pula sekitar enam hingga tujuh jam yang boleh dipacu pada jarak menghampiri 85 kilometer. Jangka hayat untuk bateri jenis lithium dianggarkan sejauh 120,000km manakala untuk bateri asid plumbum pula sekitar 45,000km.


Skuter elektrik ini dibangunkan di kilang mereka di Taman Taming Jaya, Balakong yang bersaiz kira-kira 22,000 kaki persegi dengan jumlah kakitangannya lebih daripada 40 orang. “Sasaran minimum kami ialah untuk menghasilkan sekitar 800 unit setiap bulan. Paling utama dalam penghasilan sesebuah jentera ialah kesempurnaan dan kualiti. Kami sentiasa memastikan setiap komponen diperkemaskan dengan baik demi memberi keyakinan dan keselamatan buat para pemilik skuter ini nanti,” kata Ketua Pegawai Operasi Treelektrik Sdn Bhd, En. Tony Yap.


Harga asas untuk model T-90 ialah RM10,706 (termasuk GST) berserta program bantuan Fastlane SOS E-Biker selama setahun. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.treelektrik.com. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.