RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Ogos 2020

Aveta – Jenama Motosikal Baru

Pasaran motosikal negara bertambah meriah dengan kehadiran jenama terbaru, Aveta yang dipasarkan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd yang berpengkalan di Puncak Alam, Selangor. Buat masa ini, terdapat dua model terkini yang diperkenalkan iaitu Aveta DY90 dan Aveta RX110 yang dipasang sepenuhnya di Malaysia (CKD).

Aveta RX110
Aveta RX110

Aveta RX110 didatangkan dengan enjin 4 lejang, silinder tunggal, sistem sejukan udara yang memiliki kuasa hantaran 5.8kW pada 7,500rpm dan tork 7.8Nm pada 6,500rpm. Pelananya setinggi 780mm, sesuai untuk semua jenis penunggang manakala jentera ini menggunakan tayar-tayar bersaiz 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 di belakang yang dikawal dengan sistem brek yang baik. RX110 menawarkan rekabentuk yang sporty dan dijual pada harga sekitar RM4,039.20 dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hijau dan biru. Setiap pembelian jentera ini akan menerima waranti selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu).

Aveta DY90
Aveta DY90

Model Aveta DY90 pula ditawarkan pada harga asas RM2,880. Ia merupakan sebuah jentera moped 90cc (4-lejang, silinder tunggal, enjin melintang), seterusnya dipadankan transmisi empat kelajuan jenis rotari. Enjin pada jentera ini menawarkan kuasa hantaran 4.58kW pada 8,000rpm manakala tork pula 5.7Nm pada 5,500 – 6,000rpm. Antara ciri-ciri lain yang ada seperti brek jenis gelendong, saiz tangki bahan api 3.5 liter serta tayar-tayar bersaiz 2.25-17 (depan) dan 2.50-17 (belakang.

Model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.