RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 29 April 2022

Suzuki Media Test Ride 2022 - Beri Peluang Rasa 'Sekejap' Model-Model 150cc.

Suzuki Malaysia baru-baru telah menganjurkan sesi tunggang uji bersama pihak media (Suzuki Media Test Ride 2022) untuk ketiga-tiga model 150cc iaitu GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi. Sesi tunggang uji ini juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia Sdn Bhd, En. Ahmad Faez Yahaya dan Pengurus Besar/Pengarah SMSB, Dato' Jeffrey Lim.

Sesi ujian ini merangkumi perjalanan di lebuhraya dan kawasan bandar sejauh 66 kilometer. Konvoi yang disertai oleh pihak media ini dibantu dan dikawal oleh beberapa krew pengiring (marshall) yang cukup berpengalaman.

Secara jujurnya, jarak 66 kilometer untuk menguji ketiga-tiga model agak pendek dan kita tidak dapat benar-benar merasai prestasi setiap model secara menyeluruh.

Perjalanan bermula dari Impiana Golf & Country Club menuju ke Beranang – Mantin – Pajam dan kembali semula ke Kajang. Para media juga telah diberi peluang untuk menukar jentera di setiap 'Pit Stop' agar kesemuanya dapat menguji setiap jentera 150cc ini.

RR bermula dengan menunggang model naked, GSX-S150. Secara ringkas model ini memang sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah jentera untuk berulang alik ke tempat kerja, institusi pengajian mahupun bermotor ke destasi-destinasi menarik. Pengendaliannya cukup mudah, hantaran kuasa sederhana, lampu LED cantik, panel meter digital juga mudah dilihat dan banyak lagi.

Laju maksima yang berjaya kami capai ialah sekitar 135km/j dan ketika itu bahagian fork hadapan jentera ini bergoyang-goyang. Walaupun cuba untuk mengalihkan bebanan (berat badan) ke depan, masalah ini tetap kekal. Diharap pihak SMSB dapat mencari punca kepada masalah ini untuk segera diperbaiki.

Sampai sahaja di R&R Beranang, RR diberi pula model sensasi, Raider R150 Fi. Secara ringkasnya ia cukup padu dan tidak hairanlah mengapa model ini mendapat permintaan yang tinggi. Secara purata, laju maksima yang dicapai adalah di antara 148-155km/j. Raider R150i ini juga tegar dan stabil ketika berada di jalanan berselekoh cuma bagi penunggang tinggi, akan nampak sedikit janggal.

RR juga cukup minat dengan posisi menunggang model GSX-R150 yang sporty. Ketangkasan ketika memecut memang cukup mengagumkan. Tangki direka cukup cantik, mudah untuk kita mengepit ketika memecut laju (154-160km/j). Skima warna dan corak grafik pada model R ini juga menjadikan model 150cc nampak lebih besar. Walaupun tidak lama di atasnya, kami setakat ini memang berpuas hati dengan sistem enjin, sistem brek dan sistem elektronik moden yang ditawarkan oleh model ini.

Info atau maklumat lebih terperinci akan kami kongsikan sebaik sahaja mendapat peluang menunggang uji ketiga-tiga model ini untuk tempoh yang lebih lama. Jumpa lagi! RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia