RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 20 Oktober 2025

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

  1. Tarikh: 18hb Oktober 2025
  2. Jarak perjalanan: 180 kilometer
  3. Perjalanan: Kawasaki Technical Centre - Warung Mee Kuah Tulang Kak Hajah - Tanjung Karang - Terminal Sekinchan - Bukit Melawati

Bersempena dengan majlis pelancaran model terbaru Kawasaki Z900 baru-baru ini, pihak Kawasaki Malaysia turut menganjurkan sesi tunggangan uji bersama beberapa wakil media yang hadir dan RR turut berkesempatan menyertainya. Ya...sudah tentu peluang keemasan ini ditunggu-tunggu khususnya untuk merasai sendiri prestasi jentera tersebut.

Fuh, sebaik sahaja enjin dihidupkan, bunyi 4-inline tu memang lain macam. Tak agresif seperti model Z900 sebelum ini, tapi cukup padat dan "solid". Kali terakhir saya panjat ke atas Z900 ialah ketika hadir sesi 'trackday' menunggang model supersport ZX6R beberapa bulan lalu. Tidak saya nafikan, model 'itu' antara yang saya benar-benar puas hati selepas 6 lap di SIC. Laju memang sudah pasti tapi....handlingnya memang padu!

Okay..kita kembali dengan model 2025. Setiap media menunggang model standard yang disediakan oleh para pengedar Kawasaki yang terpilih. Unit untuk RR disediakan oleh pihak Kawasaki Nilai (Sendayan Motor). Terima kasih!

Perjalanan ke Tanjung Karang turut disertai oleh 55 orang pemilik Kawasaki yang menunggang pelbagai jenis model seperti Versys 1000, Versys 650, Versys 250, ZX6R, Z900, Z800 dan lain-lain lagi. Oleh kerana 'ngam-ngam' musim cuti panjang, lebuhraya agak padat, tak dapatlah nak pulas habis throtle 'naked' Kawasaki warna hitam yang saya tunggangi. Laluan ke Kuala Selangor juga sesak dengan kenderaan empat roda. Mujurlah Z900 ini ramping, mencelah dan mencilok memang tak ada masalah. Laju je meluncur!

Posisi menunggang? Sedap — tak terlalu tunduk macam supersport, dan tak tegak macam model adventure. Memang sesuai untuk tunggangan harian atau long ride. Walaupun matahari tegak di atas kepala, saya tidak pula terasa sebarang haba panas baik dari enjin dan sistem ekzos.

Konvoi singgah menikmati makan tengahari di Warung Mee Kuah Tulang Kak Hajah di Tanjung Karang dan 'korang' semua memang kena set hari untuk ke sini. Ada macam-macam menu menarik di sini tetapi paling special ialah Mee Kuah Tulang Harimau.

Kredit Foto: FB Warung Kak Hajah.
Kredit Foto: FB Warung Kak Hajah.

Perjalanan diteruskan ke Sekinchan (pemandangan sawah padi memang therapeutic)! Kami dan para peserta konvoi bergambar kenangan di Terminal Sekinchan sebelum berpecah. Konvoi para peserta ke Bukit Melawati, pihak media meneruskan tugas (review, foto dan video) di kawasan sekitar.

Bila jalan clear, leader kami (En. Zulfar) terus tarik throttle. Fuh, putaran RPM mencanak naik dan Z900 ini memecut macam tiada halangan. Gear 3–4 pun masih ada punch. Bunyi intake dengan sedikit sistem ekzos memang buat saya senyum dalam helmet.

Kredit foto: Kawasaki Malaysia.
Kredit foto: Kawasaki Malaysia.

Hantaran kuasa daripada enjin 948cc yang berkuasa maksimum 123hp dan tork 97.4hp pada 7,700rpm memang tak menghampakan langtsung. Bila tukar kepada mod Sport, respons pendikit lebih agresif, kelajuan tinggi cukup mudah dicapai.

Suspension? Memang padu! Sayangnya laluan yang kami guna, tak ada selekoh tetapi kemantapan sistem saspensi yang ada pada Z900 ini cukup baik untuk menjaga kestabilan khususnya di permukaan jalan tak rata.

Masuk kawasan sawah, Z900 still steady walaupun jalan ada sikit "patchy". Handling sedap, rasa ringan walaupun beratnya sekitar 200kg.

Dalam perjalanan pulang, lebuhraya yang luas membolehkan tenaga Z900 ini dirasa dengan lebih jelas. Sebaik sahaja tiada kenderaan di depan, En. Haziq dan En. Husaini memberi kami 'signal' untuk ke depan.

Kelajuan maksimum yang dapat saya rekodkan ialah pada 220km/j - ya, tamparan angin memang kuat, NAKED BIKE kan! Namun begitu pakej sistem saspensi depan/belakang, casis yang tegar dan sistem brek yang cemerlang membuatkan kita tidak risau untuk kekal dalam kelajuan tinggi. Z900 memang steady!

Ringkasan Pengalaman seketika dengan Z900:

  • Kuasa enjin: Mantap - tiada sebarang gegaran. Kuasa tork kuat tetapi semuanya masih dalam kawalan
  • Keselesaan: Posisi menungang selesa tetapi pelananya dirasakan agak keras.
  • Sistem saspensi: Tidak menghampakan, kalau dapat rasa model Z900 SE mesti lagi teruja sebab sistem saspensinya jenis Ohlins + Showa memang akan memberi perbezaan.
  • Sistem brek: bertindak cemerlang untuk menghentikan jentera ini dengan cepat
Kawasaki Z900.
Kawasaki Z900.
Kawasaki Z900 SE.
Kawasaki Z900 SE.

Tahap penggunaan bahan api: subjektif dan RR tak sempat untuk rekodnya dalam perjalanan singkat ini. Kami berharap agak diberi peluang sekali lagi untuk menguji jentera ini di laluan yang berbeza, mungkin kena naik bukit dan di laluan berselekoh. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.