RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

13 Jun 2022

Damok Tunai Janji Dengan Dua Podium di Catalunya!

Tahniah buat pelumba negara Syarifuddin Azman atau Damok yang mengibarkan jalur gemilang bukan sekali tetapi dua kali selepas mempamerkan tunggangan yang cemerlang di Litar Catalunya untuk meraih tempat kedua.

Damok berjaya menewaskan David Salvador '38' untuk meraih tempat kedua.
Damok berjaya menewaskan David Salvador '38' untuk meraih tempat kedua.

Perlumbaan Junior GP pusingan ketiga kali ini telah diadakan di Litar Catalunya dengan melibatkan seramai 32 orang pelumba dari seluruh dunia. Damok bermula di petak kedua telah mencuba sebaik-baiknya untuk mengejar dan menewaskan pelumba di posisi pole iaitu Jose Antonio Rueda yang memiliki rentak cukup mantap.

Ternyata Rueda berada di kelas tersendiri apabila berjaya membuka jarak lebih daripada lapan saat menjelang separuh saingan dan akhir melintasi garisan penamat 11.364 saat di hadapan Damok yang terpaksa menahan kemaraan pelumba dari Itali, Filipo Farioli yang akhirnya di tempat ketiga.

Dalam saingan Perlumbaan 2, skrip yang hampir sama berlaku lagi tetapi dengan jarak masa yang lebih baik berbanding sebelumnya. Selepas berjaya mengatasi Farioli, Damok memberi 100% tumpuan agar tidak melakukan kesilapan dan seterusnya menerima kibaran bendera penamat sekali lagi tempat kedua.

Farioli sekali lagi di tempat ketiga manakala dua lagi pelumba muda dari Sepanyol iaitu Angel Piqueras dan David Almansa masing-masing di tempat keempat dan kelima.

"Saya sangat gembira dengan keputusan yang dicapai selepas berjaya berada di podium untuk kedua-dua perlumbaan. Seperti yang saya janjikan kepada anda semua, saya akan membuat keajaiban hujung minggu ini dan 2 trofi ini adalah untuk semua pasukan saya, keluarga saya, rakan-rakan, penyokong, dan semua rakyat Malaysia,” komen Damok.

“Pada permulaan Perlumbaan 1, ia agak sukar kerana Rueda mendahului saya dan saya cuba menamatkan perlumbaan dengan mengekalkan rentak saya. Saya bertarung dengan rakan sepasukan saya, Angel Piqueras, dan 2 lagi pelumba.”

Dalam Perlumbaan 2, perkara yang sama juga berlaku iaitu Rueda cuba melarikan dirinya sejak dari awal saingan. Saya cuba merapatkan jurang saya dengan Rueda tetapi ramai pelumba cuba memintas saya. Dalam 3 Lap akhir, saya cuba memintas semua pelumba dan menarik diri daripada kumpulan untuk mendapatkan P2 saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, Monlau Motul kerana menyediakan jentera yang menakjubkan untuk saya hujung minggu ini dan juga kepada semua penaja saya terutamanya SIC Racing dan ZK Racing. Tidak lupa keluarga dan penyokong saya dari Malaysia. Terima kasih!” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.