RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 November 2023

WorldSBK: Adam Norrodin Selesai Sesi Ujian Dengan Jentera Baru!!

Dua pelumba baru pasukan Petronas MIE Racing, Adam Norrodin dan Tarran Mackenzie turun ke Litar Jerez untuk bersiap sedia serta menunggang uji jentera saingan mereka dalam kategori prima musim depan.

Walaupun litar Jerez sangat berangin pada hari Rabu, cuaca semalam cukup baik sekali dan keadaan litar juga kering sempurna.

Adam tetap semangat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
Adam tetap semangat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

Memandangkan ini adalah ujian rasmi pertama mereka di atas jentera Honda CBR1000RR-R, para pelumba telah bekerjasama dengan juruteknik untuk menentukan posisi menunggang yang terbaik diikuti dengan pemerhatian mereka kepada setiap talaan.

Adam yang tidak dapat bersaing dalam perlumbaan akhir musim 2023 (WorldSSP) berikutan kecederaan bahu kanannya akibat kemalangan pada sesi 'Warm Up' di litar Magny-Cours. Namun begitu, Adam tetap bekerja keras untuk menyertai ujian ini penting menjelang musim baru nanti.

Tarran Mackenzie..
Tarran Mackenzie..

Adam dan Tarran dapat mengumpul data berharga serta memberi maklum balas penting kepada pasukan masing-masing sepanjang sesi ujian dua hari itu. Secara umumnya mereka berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai di Sepanyol minggu ini, Pasukan Honda PETRONAS MIE Racing akan mengesahkan tarikh ujian 'Winter Test' dalam masa terdekat.

“Malangnya, saya masih belum cergas 100% dan tidak begitu selesa dengan bahu saya semasa menunggang. Sasaran untuk ujian kali ini adalah untuk mendapatkan keserasiannya dengan jentera saya tetapi keadaan fizikal menghadkan jumlah lap yang boleh diselesaikan kerana saya mempunyai sedikit tenaga di lengan saya tetapi akan menjadi letih dalam masa yang singkat,” komen Adam.

“Saya akan meneruskan fisio dan pemulihan, tetapi ia akan menjadi proses yang panjang. Saya ingin bertemu dengan doktor saya di Malaysia untuk melihat apa lagi yang boleh kami lakukan bagi mempercepatkan proses pemulihan. Bagaimanapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan, kerana mereka telah bekerja keras minggu ini. Fokus saya pada minggu-minggu akan datang ialah pemulihan fizikal. Saya ingin lakukan semua yang saya mampu agar lebih bersedia untuk ujian seterusnya pada bulan Januari 2024 nanti,” tambahnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.