RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

4 Jun 2024

Pecco Cipta Hatrik di Mugello! Kini hanya 18 mata di belakang Jorge Martin

Francesco Bagnaia (Pasukan Lenovo Ducati) melengkapkan hujung minggu yang hampir sempurna di halaman sendiri dengan kemenangan kelas perdana di litar Mugello. Pelumba Itali yang juga dikenali dengan gelaran Pecco, itu bermula dengan baik walaupun dari petak kelima untuk memintas Jorge Martin dengan bersih dan kemas di selekoh pertama untuk merampas kedudukan di depan.

Pesta MotoGP Mugello, Itali 2024.
Pesta MotoGP Mugello, Itali 2024.
Jorge Martin '89' bermula dengan baik tetapi dengan tiba-tiba Pecco membuat serangan dari dalam untuk merampas kedudukan.
Jorge Martin '89' bermula dengan baik tetapi dengan tiba-tiba Pecco membuat serangan dari dalam untuk merampas kedudukan.

Lebih menarik, saingan kali ini juga menunjukkan pasukan factory Ducati mengenakan warna Azzurro (biru muda), yang merupakan warna Pasukan Kebangsaan Itali dalam sukan.

Sebaik sahaja di depan, Pecco mengekalkan rentak di sepanjang saingan yang sempurna sekaligus mula membuka jaraknya dari dicabar oleh para pelumba lain. Marc Marquez, Jorge, Enea Bastianini 'The Beast' dan Pedro Acosta bertarung sengit untuk mencari kedudukan di podium.

Pasukan Ducati mengenakan warna Azzurro, warna biru dalam pasukan sukan.
Pasukan Ducati mengenakan warna Azzurro, warna biru dalam pasukan sukan.
Jorge Martin '89' cuba sebaik mungkin untuk mengekang kemaraan para pelumba lain.
Jorge Martin '89' cuba sebaik mungkin untuk mengekang kemaraan para pelumba lain.

Di pertengahan saingan, Jorge agak selesa di tempat kedua tetapi perebutan tempat ketiga tidak henti-henti. 'The Beast' mengekori Marc dengan rapat dan kemudian melakukan serangan pada dua lap terakhir. Siapa sangka, Enea berjaya merapatkan diri dengan Jorge dalam dalam masa hanya dua lap.

Lagenda MotoGP, Valentino Rossi memberikan kata-kara semangat buat Luca Marini.
Lagenda MotoGP, Valentino Rossi memberikan kata-kara semangat buat Luca Marini.
Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.

Lap akhir, Enea menyerang Jorge dan kali ini dia berjaya menewaskan pencabarnya itu untuk meraih 20 mata penting di belakang Pecco selaku juara. Pecco juga mencipta kenangan dan sejarah apabila berjaya memenangi GP Itali ini untuk kali ketiga berturut-turut. Tempat keempat dimenangi oleh Marc Marquez diikuti Pedro Acosta, Franco Morbidelli dan Fabio Di Giannantonio.

Joan Mir tenang mengawal jenteranya.
Joan Mir tenang mengawal jenteranya.
Jack Miller.
Jack Miller.
Alex Rins.
Alex Rins.

Dengan kemenangan di Litar Mugello, hanya 18 mata memisahkan Martin daripada Bagnaia dalam saingan tempat pertama di tangga keseluruhan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.