RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 Jun 2025

Sejarah Di Sebalik Livery Pasukan Ducati di Mugello

Dalam saingan MotoGP di Litar Mugello baru-baru ini, Ducati telah membawakan kuasa, sejarah dan kegemilangan sejarah 'Renaissance dan Florence' menerusi livery khas untuk motosikal Desmosedici GP Ducati Lenovo Team dan para pelumbanya. Ys...Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Grand Prix Itali sentiasa menjadi salah satu 'acara' bagi Ducati untuk menggambarkan identitinya melalui projek-projek khas.

Renaissance dan Florence, Ducati dan Grand Prix Itali di Mugello: semua simbol kecemerlangan yang digabungkan dalam projek unik. Untuk perlumbaan rumahnya, Pada tahun 2024, Azzurro memberi penghormatan kepada warna pasukan kebangsaan Itali dan pada tahun 2025 naratif itu berkembang lebih jauh, menggabungkan keindahan dan kepintaran sebagai penghormatan kepada Florence, tempat kelahirannya Renaissance dan simbol genius kreativiti warga Itali.

Francesco Bagnaia.
Francesco Bagnaia.
Marc Marquez.
Marc Marquez.

Zaman Renaisans ialah satu tempoh perubahan dan penyempurnaan tetapan budaya, seni dan saintifik luar biasa yang menandakan peralihan kepada dunia moden. Dilahirkan di Itali antara abad ke-14 dan ke-16 dan berkembang pesat terutamanya di Florence - pergerakan dan perubahan di bandar Tuscany yang hanya beberapa kilometer dari Litar Mugello.

Era ini juga membawa manusia ke arah pemikiran kritis, dan keanggunan sebagai ekspresi pemikiran. Ia adalah era yang menyaksikan kebangkitan tokoh berwawasan yang mampu menggabungkan seni, sains dan keindahan untuk mencipta model kecemerlangan dan kreativit idea dan inovasi hari ini. Semangat inilah yang hidup dalam DNA Ducati.

Idea untuk livery jentera Ducati kali ini dilahirkan daripada kerjasama antara pereka Aldo Drudi dan ahli sejarah Marcello Simonetta, projek itu telah menghidupkan semangat dengan nilai simbolik dan budaya yang kuat. Inspirasi itu datang daripada dua tokoh lambang Renaissance Itali iaitu Leonardo da Vinci dan di sisi lain Niccolò Machiavelli, pemikir "sisi gelap".

Rekacorak diilhamkan daripada lukisan terkenal Leonardo yang dikenali sebagai "Kapten Purba", Aldo Drudi telah mentafsir semula imej itu dengan cara yang dinamik dan kontemporari.

Di sinilah kisah bermula: Francesco Bagnaia (#63) dan Marc Márquez (#93), dua kesatria zaman moden, menunggang salah satu simbol paling berprestij sukan permotoran 'Made in Italy', bersedia untuk menggabungkan kuasa dan keperibadian hebat dalam cabaran di litar.

Marc Marquez.
Marc Marquez.

GP Desmosedici mereka menampilkan seekor singa dan musang yang diilhamkan oleh perisai pemimpin terkenal Leonardo da Vinci, yang mewakili sintesis sempurna antara kekuatan dan kelicikan, seperti yang diajar oleh Machiavelli dalam “The Prince”. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.