RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 1 September 2020

Topi Keledar GIVI M30.2 Presto Selesa, Selamat & Stylish

Isu pemakaian topi keledar sentiasa diperkatakan oleh banyak pihak apabila bercerita dengan pengguna motosikal. Dengan penekanan yang diberikan oleh pelbagai pihak seperti JPJ, PDRM, syarikat pengeluar topi keledar, pihak media dan institusi pendidikan, tahap kesedaran tentang betapa pentingnya pemakaian topi keledar semakin hari semakin tinggi. Tahniah diucapkan buat semua.

GIVI, sebuah syarikat pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia sememangnya sudah tidak asing lagi buat pencinta dua roda di seluruh dunia dan termasuk Malaysia. Demi memberikan produk terbaik dan selamat buat para pelanggan, GIVI telah memperuntukkan ribuan waktu untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Ini amat penting agar jenama ini terus meraih kepercayaan dan keyakinan daripada para pengguna motosikal.

RR telah menguji topi keledar M30.2 Presto dan ketika artikel ini ditulis, kami telah memakainya untuk tempoh tiga minggu yang terdiri daripada tunggangan harian dan perjalanan jarak jauh dengan jarak keseluruhan lebih daripada 2,000 kilometer. Persoalannya, adakah ia berbaloi untuk dimiliki pada harga yang tinggi?

Topi keledar M30.2 Presto ini dihasil dengan menggunakan bahan Technopolymer yang menepati homologasi ECE R22.05. Topi keledar ini turut dilengkapkan dengan sistem pengudaraan di depan dan di belakang manakala cerminnya pula anti-calar. Untuk memudahkan penunggang motosikal melihat keadaan jalan dengan jelas di waktu matahari terik, topi keledar ini turut dilengkapkan dengan cermin gelap kecil dan mudah digunakan. Untuk keselesaan terutamanya selepas mengharungi pelbagai jenis jalan dan cuaca. Lapisan dalaman boleh dibuka untuk dibasuh atau dikeringkan – ini amat penting agar topi keledar kita sentiasa bersih dan tidak berbau!

Kali pertama RR memakai topi keledar ini ialah untuk perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Kelantan. Pada mulaya dirasakan topi keledar ini agak berat terutama sekali bagi rakan-rakan yang lebih 'otai'. Selepas beberapa lama memakainya, kami semakin selesa dan GIVI Presto ini terbukti cukup efisien sewaktu memecut dalam kelajuan tinggi. Tiada sebarang gangguan atau gegaran asalkan kita membeli pada saiz yang tepat. Terdapat lima saiz yang boleh dipilih iaitu S (55), M (57), L (59), XL (61) dan XXL (63).

Ketika berada di dalam bandar, sistem pengudaraan banyak membantu agar bahagian kepala tidak terlalu panas – akan terasa udara sejuk apabila sudah bergerak. Dengan penggunaan sistem micrometric pula, topi keledar ini mudah untuk dipakai/dibuka oleh pemiliknya tetapi hampir mustahil untuk terbuka tanpa sengaja. Tuas mengenakan cermin gelap terletak di bahagian hujung cermin dan ini memberi lebih ruang di bahagian bawah sisi kiri dan kanan untuk para penunggang memasang alat perhubungan.

Terdapat empat warna menarik bagi mereka yang ingin memiliknya iaitu Graphic Racing Black, Solid White, Graphic Racing White dan Matt Black yang ditawarkan pada harga RM296 dan RM329 (solid atau grafik).setiap satu. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.