RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 26 Mei 2026

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Jenama pengeluar aksesori motosikal terkenal dari Itali, GIVI Malaysia secara rasmi memperkenalkan produk baharu dalam rangkaian monokey iaitu GIVI XSPACE untuk pasaran negara.

XSPACE merupakan kotak barangan untuk motosikal yang menampilkan ciri utama iaitu ruang dalaman boleh dilaras daripada 27 liter hingga 36 liter neberusi sistem pelarasan yang mudah digunakan. Dengan hanya menggunakan tuil pelarasan yang terletak di bahagian luar kotak, pemilik boleh menambah ruang simpanan dengan pantas tanpa perlu membuka keseluruhan unit.

Dengan peningkatan ruang sebanyak 33% dan tambahan kedalam 6cm, XPACE boleh memuatkan sebuah helmet modular apabila kapasiti diperluaskan sepenuhnya. Kelebihan ini menjadikan antara pilihan ideal untuk kegunaan harian, kembara mahupun tunggangan jarak jauh yang memerlukan ruang tambahan.

XSPACE bukan sahaja berfungsi sebagai kotak simpanan atas (top case) tetapi boleh dipasang sebagai kotak simpanan sisi (side case), bergantung kepada jenis motosikal.

Dari segi ketahanan, kotak barangan ini dibina menggunakan bahan berkualiti yang tahan hentakan, sinaran UV serta perubahan cuaca. Ia juga boleh menampung muatan sehingga 10kg. Terdapat juga jaring elastik dan pelapik dalaman kalis air untuk membantu melindungi barangan ketika menunggang dalam pelbagai keadaan cuaca. XSPACE turut dilengkapi pemegang terbina bagi memudahkan proses membawa kotak ini apabila ditanggalkan daripada motosikal.

GIVI juga menawarkan sistem Smart Security Lock yang dijual secara berasingan selain sistem kunci bersepadu yang membolehkan satu kunci digunakan pada tiga kotak serentak bagi memberikan kemudahan tambahan kepada pengguna.



Untuk pasaran Malaysia, GIVi XSPACE didatangkan dalam dua pilihan iaitu warna Hitam pada harga RM1,600 manakala untuk versi premium dengan penutup aluminium ditawarkan pada harga RM1,850. Harga untuk kedua-dua varian adalah tanpa set kunci. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.