RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 26 Mei 2026

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Mungkin masih ramai peminat dunia motosikal di Malaysia masih kurang kenal dengan jenama tayar Continental berbanding pengguna kereta. Hakikatnya, syarikat pengeluar tayar dari Jerman ini telah pun berada di pasaran lebih daripada satu abad dan memiliki kekuatan dari semua segi dalam pengeluaran produk premium.

Continental mengeluarkan tayar di 19 lokasi di 16 buah negara termasuklah di Rayong, Thailand yang bermula pada tahun 2021 dengan memberi tumpuan kepada pengeluaran tayar untuk kereta penumpang dan trak ringan. Dua tahun kemudian, kilang mega ini mula mengeluarkan tayar untuk motosikal pula dan siri tayar-tayar motosikal yang dikeluarkan di kilang Rayong ini turut dipasarkan di Malaysia menerusi JME Distribution yang beroperasi di Pantai Timur negara.

Kredit foto: continental.com
Kredit foto: continental.com
Kredit foto: continental.com
Kredit foto: continental.com

Terkini, Continental Tires telah merasmikan peluasan/pembesaran kilang Rayong yang sekali gus mengukuhkan komitmen dalam memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang di rantai Asia Pasifik. Dengan pengembangan kilang ini, ia bakal menambah kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 3,000,000 unit tayar dengan pelaburan melebihi 300 juta Euro dan mewujudkan 600 peluang pekerjaan yang pastinya akan memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Di hari yang sama, pihak Continental Tires turut melancarkan pengeluaran tayar motosikal radial dengan penggunaan teknologi terkini bagi memastikan maklum balas dengan lebih pantas terhadap permintaan pasaran yang semakin berkembang. Pengukuhan rangkaian pengeluaran tayar motosikal ini juga memberi jaminan buat para peminat motosikal dapat menikmati perjalanan menunggang dengan selamat dan menyeronokkan.

Kredit foto: continental.com
Kredit foto: continental.com

Para media diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan tayar-tayar ini dari awal hingga siap sepenuhnya. Walaupun kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video, apa yang boleh kami kongsikan ialah pelaburan besar pihak Continental Tires memberikan kita (pengguna) menikmati produk yang cukup premium.

Dengan menggabungkan KEBIJAKSANAAN + FOKUS + MINAT + TEKNOLOGI, penghasilan akhirnya memberi impak yang cukup besar buat dunia pengeluaran tayar motosikal khususnya dan jenama Continental itu sendiri. Continental Tires menawarkan pelbagai model tayar yang tersedia untuk semua segmen motosikal seperti Sportbike, Sport Touring, Klasik, Kustom, Skuter dan Moped.

Paling best, pelbagai jenis model tayar dari Continental Tires ini bakal memasuki pasaran negara tidak lama. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.