RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 28 Julai 2026

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

LS2 terus memperkukuhkan kedudukannya dalam segmen barangan kelengkapan menunggang motosikal apabila memperkenalkan rangkaian produk terbaharu sempena LS2 Asia & Oceania International Convention 2026 yang berlangsung di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur City Centre. Acara tersebut menjadi lokasi untuk LS2 Global memperkenalkan koleksi baharu bagi separuh kedua tahun 2026 serta koleksi penuh tahun 2027 yang merangkumi siri musim sejuk dan musim panas.

Menurut pihak LS2, sebahagian daripada produk yang dipamerkan itu disahkan bakal masuk pasaran Malaysia secara berperingkat bermula bulan September 2026. Namun, harga rasmi bagi setiap model masih belum diumumkan kerana produk berkenaan baru sahaja diperkenalkan kepada umum dan akan dilancarkan mengikut jadual.

Pada masa yang sama, LS2 Malaysia turut berkongsi satu lagi berita positif apabila mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 58 peratus bagi tempoh Julai 2025 hingga Jun 2026. Pencapaian tersebut merupakan yang terbaik dalam sejarah LS2 Malaysia. Kejayaan ini membuktikan peningkatan keyakinan pengguna terhadap jenama itu serta sokongan berterusan daripada rangkaian pengedar dan komuniti penunggang motosikal di seluruh negara.

Antara tumpuan utama pada konvensyen berkenaan ialah pengenalan beberapa model topi keledar generasi baharu iaitu Explorer Evo, Explorer Evo Carbon, Ranger dan Valiant III. Keempat-empat model ini dibangunkan dengan penekanan terhadap aspek keselamatan, keselesaan dan rekaan yang lebih moden bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori penunggang.

Bukan itu sahaja, LS2 turut memperluaskan pilihan pakaian menunggang menerusi koleksi Breakout Jacket, Breakout Pants, Phoenix Air Jacket, Tailor Pants serta Gravel Jersey & Pants. Kesemua pakaian ini direka untuk menawarkan keseimbangan antara perlindungan, pengudaraan dan keselesaan sama ada bagi tunggangan harian, perjalanan jarak jauh mahupun aktiviti pengembaraan.

Bagi melengkapkan keperluan penunggang, LS2 turut memperkenalkan tiga model sarung tangan baharu iaitu Dart III, Flow dan Flex.

Untuk kasut pula ada dua pilihan antaranya Lotus dan Assault yang direka untuk memberikan perlindungan tambahan tanpa mengorbankan keselesaan ketika digunakan.

Segmen aksesori menarik perhatian menerusi pengenalan siri beg Move Ahead yang terdiri daripada Holdall 40L, Duffel 50L dan Roll 30L yang sangat sesuai untuk kegunaan touring dan perjalanan jauh. Sementara itu, siri Shield Pro pula menawarkan pelbagai pilihan seperti Universal Tank Base, Tank Bag berkapasiti 10L hingga 13L, Backpack berkapasiti 23L hingga 40L, Waist Bag 3L dan Phone Holder 2L.  Perkenalan barangan ini sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada penunggang mengikut keperluan masing-masing.

Maklumat lanjut termasuk harga jualan dan tarikh pelancaran rasmi bagi setiap produk dijangka diumumkan secara berperingkat sebaik sahaja stok tiba di Malaysia bermula bulan September 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.