RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 4 November 2020

Minyak Enjin Motosikal Shell Advance baharu Direka Untuk Setiap Gaya Tunggangan

Shell telah memperluaskan rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance dengan memperkenalkan dua produk terbaru mereka iaitu Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride.

Kedua-dua produk ini dicipta untuk memudahkan pengguna motosikal memilih minyak enjin yang tepat bagi setiap gaya tunggangan dan mengikut keperluan pengguna. Shell Advance baharu ini direka khas untuk motosikal empat lejang.

Shell Advance Power amat sesuai buat pengguna untuk menikmati kuasa pecutan. Ia menawarkan kuasa maksimum serta mengekalkan kuasa tertinggi pada motosikal dengan mencegah permulaan proses pengoksidaan. Motosikal yang menggunakan minyak enjin ini tidak akan kehilangan kuasa sejauh 20,000 kilometer. Shell Advance Power boleh dimiliki pada harga RM55 untuk setiap pek 1 liter.

Shell Advance Long Ride pula direka buat mereka yang inginkan ketenangan semasa menunggang dengan melindungi enjin motosikal sejauh 6,000 kilometer. Minyak pelincir ini sangat sesuai untuk tunggangan di dalam bandar atau perjalanan jarak jauh. Ia dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum untuk menampung daya tahan haba maksimum. Shell Advance Long Ride dijual pada harga RM50 setiap pek 1 liter.

Kedua-dua minyak pelincir ini menggunakan Teknologi PurePlus Shell iaitu minyak asas 99.5% tulen daripada gas asli. Ia terbukti memberikan prestasi enjin pada suhu rendah mahupun tinggi yang akan menjamin kebersihan piston berbanding dengan minyak berasaskan ester. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.