RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Disember 2016

Enam Peminat Motor Dapat Layanan VIP Michelin!

Bagi penggemar tegar persaingan motosikal sedunia khususnya MotoGP, peluang hadir ke acara perlumbaan ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Itulah yang dialami dan dinikmati oleh enam orang pemenang bertuah MotoGP Digital Campaign yang dianjurkan bersama oleh Michelin di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Melalui peraduan ini, para peserta diminta menghantarkan gambar mereka bersama motosikal masing-masing dengan gaya paling kreatif.

Hussaini (kiri) dan Ikhmal, pemenang peraduan MotoGP Digital Campaign dari Malaysia.
Hussaini (kiri) dan Ikhmal, pemenang peraduan MotoGP Digital Campaign dari Malaysia.


Muhammad Hussaini dan Muhammad Ikhmal dari Malaysia berpeluang untuk merasai seronok dan terujanya menonton perlumbaan bertaraf dunia di Michelin VIP Hospitality Suite. Kedua-dua pemenang ini turut menerima layanan VIP seperti lawatan ke garaj pasukan, bertemu dengan para pelumba, makan malam mewah dan melihat bengkel tayar Michelin.


“Di Michelin, kami amat komited untuk memberikan pengalaman hebat dan menakjubkan kepada para pelanggan setia kami. Melalui MotoGP Digital Campaign, kami berupaya untuk menawarkan satu pengalaman hebat di perlumbaan motosikal paling popular di dunia. Ini juga masa terbaik untuk membuktikan kualiti dan prestasi mantap tayar-tayar Michelin di dalam persekitaran dunia MotoGP,” kata Pengarah Pemasaran Michelin Malaysia, En. Putu Yudha. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.