RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 28 Mac 2022

Yamashiro Malaysia Kini Pengedar Rasmi Topi Keledar NEXX Helmets

Yamashiro Malaysia telah memeterai perjanjian strategik dengan NEXX Helmet sebagai pengedar rasmi topi keledar tersebut di Malaysia.

Berbekalkan pengalaman luas Yamashiro Malaysia Sdn Bhd dalam bidang import & eskport serta topi keledar yang terbukti berkualiti tinggi, NEXX Helmet akan mendapat permintaan yang tinggi daripada para pencinta motosikal di seluruh negara.

NEXX Helmet adalah jenama topi keledar dari Portugal yang memiliki gaya, keistimewaan dan kualiti tinggi yang terdiri daripada pelbagai jenis gaya topi keledar dari model kesesuaian jentera enduro hinggalah ke dunia skuter. Selain bertanggung jawab dalam pemasaran NEXX Helmet, Yamashiro Malaysia juga bersedia menyediakan perkhidmatan lepasan jualan bagi mengukuhkan rantaian bekalan dengan secara konsisten.

Topi keledar NEXX yang diimport ini menawarkan saiz yang sesuai untuk para penunggang di Malaysia (Asian-Fit EPS) yang memerlukan pengubahsuaian bahagian dalam topi keledar ini. Menjadikannya lebih menarik tentulah pada harganya yang berbaloi untuk dimiliki. Harga-harga itu termasuklah servis lepasan jualan bagi memastikan keselesaan para pelanggan.

Dapatkan topi keledar ini di cawangan-cawangan Yamashiro yang beroperasi di seluruh negara seperti Kepong, Jalan Lama Klang, Batu Caves, Ampang, Setapak, Johor Bahru, Simpang Pulai, Pulau Pinang dan banyak lagi.

Selain NEXX Helmet, Yamashiro juga memasarkan pelbagai produk lain seperti Five Gloves, Kushitani dan Extra Shield yang dibawa masuk dari Jepun. RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.