RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 21 November 2022

Helmet Pintar Shoei Opticson bakal Dijual di Jepun

Helmet pintar Shoei Opticson akan dijual di Jepun mulai 17 Disember 2022. Prototaip helmet ini mula didedahkan kepada khayalak ramai di Osaka Motorcycle Show pada April lepas dan telah mendapat banyak permintaan.

Antara ciri-ciri helmet ini:

  • Ia kelihatan seakan helmet Shoei Z-8 tetapi dengan bahagian pelindung dagu yang lebih besar.
  • Terdapat sebuah skrin lutsinar yang boleh dilaras di hadapan mata kanan pemakai.

  • Unit projektor terletak di dalam pelindung dagu.
  • Data pandu arah dipaparkan di skrin depan mata tersebut.

  • Pembesar suara serta mikrofon telah dipasangkan.
  • Pengguna dapat melihat arahan pandu arah serta beberapa data lain di depan matanya berbanding dengan melihat skrin motosikal.

Ia akan dijual di tiga Shoei Gallery yang eksklusif di negara asalnya, iaitu di Tokyo, Osaka dan Yokohama. Menurut Shoei, harganya ialah PY 137,500 (RM 4,461.49). Akan tetapi harga ini tidak termasuk bateri (yang dipasang di luar helmet) yang berharga JPY 11,000 (RM 356.92). Selain daripda itu, penggunanya juga perlu melanggan aplikasi Touring Supporter bagi mendapatkan ciri pandu arah yang khusus untuk negara Jepun.

Penjualan helmet Shoei Opticson ini akhirnya membawa helmet pintar yang benar-benar berjaya dibangunkan ke dalam pasaran setelah beberapa produk syarikat baharu seperti Jarvis tidak berjaya.

Adakah Shoei Opticson ini akan sampai di Malaysia? Sama-sama kita nantikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.