RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Disember 2019

Kawasaki Motors (Malaysia) Lancar KGO Torq R7 & Torq R9

Sejak pertama kali melancarkan Kawasaki Genuine Oil (KGO) pada November 2018, kini Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah memperkenalkan dua minyak pelincir baru di litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia 2019. Kedua-dua produk berkualiti tinggi itu ialah KGO Torq R7 (4T Fully Synthetic SAE 10W 40 APN SN) dan KGO Torq R9 (4T Fully Synthetic SAE 10W 50 API SN).

Majlis pelancaran pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus dan Pengarah Urusan KMSB bersama Mr. Shin Obata, Pengarah Urusan Idemitsu Lube (Malaysia) Sdn Bhd. dan para VIP yang lain.

KGO Torq R7 dan KGO Torq R9 didatangkan dengan kandungan bahan 100% minyak asas Polyalphaolefin (PAO). PAO merupakan bahan minyak asas sintetik utama yang paling banyak digunakan dalam tujuan perindustrian dan juga automotif. Dengan adanya bahan ini, ia dapat mengurangkan suhu dan tekanan tinggi tanpa menjejaskan prestasi enjin.

“Pengenalan minyak pelincir KGO Torq R7 dan R9 yang dihasilkan daripada bahan PAO bertujuan untuk menyasarkan para pelanggan kami yang menunggang jentera-jentera berprestasi tinggi dengan jarak perjalanan jauh. Kedua-dua minyak sintetik penuh ini merupakan produk berkualiti tinggi dan mempunyai bahan campuran khas yang memberi prestasi dan perlindungan enjin secara maksimum,” kata En. Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya.

Kedua-dua minyak pelincir ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM76.00 untuk KGO Torq R7 manakala KGO Torq R9 boleh didapati pada harga RM78.00. RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.