RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 27 September 2025

Pirelli Rosso Sport: Tambah Nikmat Tunggangan

Akhirnya. selepas beberapa negeri di lalui, pelbagai laluan dirasai...kami akhirnya boleh katakan dengan 'sah' - memang cukup berpuas hati dengan prestasi tayar Pirelli Rosso Sport yang dipasangkan pada jentera Yamaha Y15ZR. Untuk jentera model ini, saiz untuk tayar hadapan ialah 70/90 R17 manakala di belakang 120/70 R17.

Untuk dapatkan kilometer dan ujian yang menyeluruh, kami ke beberapa tempat termasuklah di laluan berselekoh, mendaki, berhujan dan berpanas. Antara tempat yang dilawati beberapa kali pergi balik ialah 1. Puchong - Serendah - Kuala Kubu, 2. Puchong - Ipoh - Taiping 3. Puchong - SImpang Pulai - Sri Iskandar - Lumut 4. Puchong - Genting Highland - Bentong 5. Puchong - Sepang - Port Dickson dan lain-lain tempat.

Ya...Pirelli Rosso Sport adalah salah satu tayar pilihan popular di kalangan penunggang motosikal moped berprestasi tinggi seperti Yamaha Y15ZR (juga popular dengan gelaran Y-Suku). Tayar ini direka khas untuk memberikan gabungan cengkaman yang kuat, kestabilan pada kelajuan tinggi, dan ketahanan, menjadikannya ideal untuk penunggang harian atau mereka yang suka tunggangan lebih agresif.

Pirelli Rosso Sport ini menggunakan struktur bias-ply dan bukan jenis radial. Tayar ini menggunakan campuran (compound) gabungan bahan Silika dan Carbon Black yang mempercepatkan tahap 'pemanasan' dan juga memiliki jalur yang agresif - sangat membantu dari segi cengkamana di perlumbaan jalan kering dan basah. Benar, tayar ini memberikan feel sporty berbanding tayar biasaa dan membuatkan pergerakan kita khususnya di laluan berselekoh lebih mantap dan meyakinkan.

Anda cubalah, kami yakin struktur pembinaan tayar Pirelli Rosso Sport ini meningkatkan tahap tunggangan khususnya buat mereka yang sukakan karaktor yang agresif.

Jadi, info paling penting bagi tayar Pirelli Rosso

  • Cengkaman baik masa selekoh tajam
  • Struktur lengkap, memberikan respons yang pantas
  • Tahan lasak
  • Nampak sporty – corak 'FLASH' - thread design agresif, sesuai dengan gaya Y-Suku
  • Pengaliran air yang baik

Kalau anda berminat untuk menikmati pelbagai jenis laluan seperti tidak kira di lebuhraya atau di laluan-laluan luar bandar dan berselekoh, Pirelli Rosso Sport merupakan antara tayar yang paling sesuai. Grip, respons dan tangkap....semua ada pada tayar ini. Gaya pun mantap memandangkan corak bunga 'FLASH' itu diambil daripada model perlumbaan contohnya, Diablo Supercorsa.

Seperti yang dikongsikan di atas, tayar ini sememangnya cukup sesuai untuk model-model moped termasuklah Y15ZR yang kami tunggangi ini. Selain itu, lepas dipasangkan pada motor anda, automatik nampak lebih bergaya, agresif dan mewah, Pirelli kan..... Bila pakai tayar jenama ini, ada yang menganggap ia satu peningkatan (upgrade) daripada penggunaan tayar-tayar jenama lain. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.