RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 18 Januari 2026

Znexlab Lancarkan IGOL Lubricants ke Pasaran Malaysia

Znexlab hari ini mengumumkan pelancaran rasmi IGOL Lubricants ke pasaran Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat itu sebagai pembekal penyelesaian industri dan automotif berprestasi tinggi.

Dari kiri: Vincent Poulain & Sebastian Molina dari Igol Lubricants.
Dari kiri: Vincent Poulain & Sebastian Molina dari Igol Lubricants.

IGOL Lubricants merupakan jenama pelincir dari Perancis yang dibangunkan dengan teknologi terkini bagi memastikan perlindungan enjin yang optimum, prestasi konsisten serta ketahanan jangka panjang. Dengan memiliki pengalaman lebih daripada 70 tahun dalam industri berkaitan, produk ini dijamin sesuai digunakan untuk semua jenis motosikal tidak kira saiz enjin, jenis enjin dan segmen.

Menurut Znexlab, pelancaran IGOL Lubricants adalah selaras dengan strategi syarikat untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan terhadap pelincir berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian antarabangsa. Produk keluaran IGOL Lubricants menawarkan teknologi pelinciran yang direka untuk mengurangkan geseran, melindungi komponen enjin daripada kehausan, dan meningkatkan kecekapan operasi.

Antara produk-produk yang ditawarkan IGOL Proplus Performance 4T, Scoot Performance 4T, Evolution 4T, Scoot Evolution 4T, Competition HRO 4T, Urban Power 4T, Vintage 4T serta barisan pelincir untuk enjin dua lejang yang terdiri daripada Performance 2T, Evolution 2T dan Competition STS-R.

Selain minyak pelincir untuk enjin motosikal, IGOL Lubricats turut memiliki barisan produk-produk lain seperti pelincir penjagaan sistem saspensi, transmisi, gear, sistem penyejuk, brek, pembersih filter dan banyak lagi.

En. Mohd Faez Aiman, Brand Ambassador IGOL Lubricants.
En. Mohd Faez Aiman, Brand Ambassador IGOL Lubricants.

Znexlab turut memaklumkan bahawa IGOL Lubricants akan dipasarkan melalui rangkaian pengedaran yang strategik di seluruh negara, disokong oleh perkhidmatan teknikal bagi memastikan pelanggan mendapat panduan penggunaan yang tepat. Dari segi pengiktirafan pihak SIRIM pula, pihak Znexlab telah pun mendapat kelulusan untuk menghantar wakil SIRIM ke Perancis untuk pemeriksaan dan pengiktarafan akan diumumkan selepas itu.

Pelancaran ini dijangka memberi pilihan baharu kepada pengguna dan pemain industri yang mengutamakan prestasi, kebolehpercayaan serta kecekapan dalam operasi harian. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.