RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 31 Januari 2026

ASMAX Malaysia Lancar Dua Model Baharu dan Model Edisi Terhad Evangelion

NKS Distributors (KL) Sdn Bhd yang merupakan pengedar eksklusif ASMAX di Malaysia telah melancarkan barisan produk ASMAX bagi tahun 2026 bersempena tahun ketiganya di pasaran tempatan. Pelancaran ini merangkumi dua model komunikasi baharu iaitu ASMAX Future 1 dan ASMAX F1 Pro Max, serta edisi terhad ASMAX Future 1 x EVAR Edition.

ASMAX Future 1 direka sebagai sistem komunikasi moden yang serba boleh, memenuhi keperluan harian penunggang masa kini. Dengan fokus kepada kesederhanaan, kestabilan, dan keselamatan, ia merupakan pilihan ideal untuk penunggang yang mahukan komunikasi yang boleh dipercayai tanpa kerumitan.

Antara ciri utamanya adalah sambungkan Bluetooth yang stabil di antara penunggang ke penunggang, kualiti audio yang lebih jelas, serasi dengan telefon pintar & peranti GPS, teknologi penapisan bunyi, penggunaan bateri yang tahan lama, reka bentuk kalis cuaca, produk diperakui untuk pasaran tempatan dan waranti dua tahun.

ASMAX F1 Pro Max merupakan model flagship yang direka untuk penunggang yang menuntut prestasi maksimum, jarak komunikasi yang lebih luas, dan kualiti audio premium.

Ciri utama pada peranti ini termasuklah mod ASMAX Cloudtalk yang disokong sehingga 50 penunggang tanpa had jarak, isyarat yang stabil dalam persekitaran kompleks, talaan audio premium, kapasiti bateri lebih besar dan kualiti binaan lebih kemas serta premium.

Turut diperkenalkan model edisi terhad iaitu ASMAX Future 1 x EVAR Edition bagi meraikan pertumbuhan ASMAX dan hubungannya dengan komuniti gaya hidup penunggang.

Ciri istimewa pada peranti ini antaranya Reka bentuk eksklusif bersama EVAR, pengeluaran yang terhad bagi pasaran Malaysia, dibangungan berasaskan ASMAX Future 1 dan menyasarkan penunggang yang menghargai identiti dan nilao koleksi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.