RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 5 Februari 2026

Sarung Tangan LS2 Dart II Evo & Chaki Evo - Bermula RM89

Jenama kelengkapan penunggang, LS2 Malaysia memperkenalkan dua sarung tangan baharu untuk penunggang motosikal iaitu LS2 DART II EVO dan LS2 CHAKI EVO.

LS2 DART II EVO (Kod: MG039 / LG039) merupakan sarung tangan yang direka untuk penunggang yang aktif dan lincah. Antara peningkatan utama ialah penggunaan fabrik mesh bernafas pada bahagian celah jari bagi menggantikan bahan Lycra sebelum ini, sekali gus membantu aliran udara lebih baik ketika cuaca panas. Selain itu, silikon anti-gelincir ditambah pada bahagian tapak tangan untuk meningkatkan cengkaman, manakala pelindung keras TPU pada bahagian palm slider dikekalkan bagi memastikan perlindungan optimum.

Model ini turut dilengkapi pelindung buih pada jari untuk serapan impak dan penunggang mudah untuk menekar skrin telefon pada bahagian hujung jari walaupan mengunakan sarung tangan ini.  Ia dihasilkan menggunakan bahan Spandex, kulit sintetik dan Neoprene serta ditawarkan dalam saiz XS hingga 3XL untuk kegunaan musim panas dan cuaca panas sepanjang tahun. Harga untuk LS2 DART II EVO adalah RM89.

Sementara itu, LS2 CHAKI EVO (Kod: MG040 / LG040) hadir sebagai sarung tangan urban yang memberi penekanan kepada keselesaan dan aliran udara maksimum untuk tunggangan bandar. Versi baharu ini menampilkan penggunaan 3D mesh pada celah jari dan bahagian belakang tangan bagi memastikan pengudaraan lebih optimum.

Bahagian tapak tangan turut menerima penambahan silikon anti-gelincir bagi memberikan kawalan lebih mantap, manakala pelindung keras TPU pada bahagian palm slider dikekalkan bagi mengekalkan tahap keselamatan. Sarung tangan ini juga dilengkapi pelindung jari untuk serapan impak, fungsi super-grip pada tapak tangan, mudah untuk menekan skrin serta bahagian penarik bagi memudahkan proses pemakaian. Ia dibina menggunakan bahan Locky Mesh, kulit sintetik dan Q-Span, serta tersedia dalam saiz XS hingga 3XL. Harga untuk LS2 CHAKI EVO adalah RM99. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.