RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2016

WOMAN FORCE AWAKENS

Sempena hari wanita sedunia yang jatuh pada 8 Mac lalu, buat pertama kalinya dalam sejarah permotoran negara, Puan Fatimah Ahmad @ Fa Polo, Pengerusi Bikerz United Motorsports Club telah menganjurkan acara khas untuk pencinta motosikal wanita iaitu Women’s Force Awakens yang bermakna 'Bangkitnya Kuasa Wanita' pada 13 Mac 2016 yang lalu.

Program yang cukup istimewa ini berjaya menggabungkan kesemua kelab motosikal wanita di Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak antaranya Kelab Kawasaki Ladies Group, Ladies Bikers Malaysia, WIMA Malaysia, Desmodonna, Johor Lady Bikers, Borneo Bikers, Utara Bikers, MV Agusta Bikers, Red Warriors Tentera, PDRM Women Bikers, Stingray Bikers, Yayasan Permotoran Nasional, Zetta, Bomba Bikers, Pelesit Bikers dan Bikerz United. Perhimpunan ini juga bukanlah terbuka kepada pemilik mesin berkuasa tinggi sahaja malah turut diraikan oleh pemilik jentera berkuasa sederhana seperti daripada kelab WIMA dan Bikes & Roses.

Acara ini juga merupakan platform untuk wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia untuk berkumpul pada hujung minggu dan mencipta rekod buat bilangan wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi paling ramai. Perlepasan konvoi di MATIC Jalan Ampang disempurnakan lebih kurang jam 9.30 pagi dan telah diadili oleh para pegawai dari The Malaysia Book of Records serta disaksikan oleh individu-individu yang berpengaruh.

Seramai 107 peserta yang berusia di antara 17 hingga 63 tahun telah mendaftarkan diri demi merealisasikan usaha penciptaan rekod ini. Antara peserta yang mendapat perhatian ramai ialah Che Siah Ibrahim, 63 tahun dari Ipoh dan Dayang Aminah Abang Zaidell, 60 tahun dari Kuching yang masing-masing menunggang Honda Gold Wing dan Triumph. Majlis lebih meriah dengan kehadiran para penunggang dari Tawau, Sarawak dan Jepun.

Dari tempat perlepasan, MATIC ke Putrajaya mengambil masa lebih kurang sejam sebelum bersurai di PICC, Putrajaya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Polis Trafik yang diketuai oleh ASP Asyuril Azmean Bin Bardril serta mereka yang bertungkus lumus bertugas menjaga keselamatan kami walaupun dalam permohonan masa yang singkat. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak penaja motosikal iaitu Fast Bikes Sdn Bhd, Triumph, Chear Motors, CMC dan KTM Malaysia 1050. RR

Oleh: NZ York

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.