RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2016

HONDA FUTURE FI : Lebih Efisien, Lebih Menyakinkan!

Demi memberikan jentera bernafas baru, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan model terkini, Honda Future FI yang menjanjikan pengalaman menunggang lebih baik dan lebih menyeronokkan. Dengan tagline 'Lebih Efisien, Lebih Keyakinan' Honda Future FI kini lebih berkuasa serta mengekalkan ciri-ciri yang cukup praktikal.

Enjin Future FI yang dilengkapi dengan sistem bahan api yang pastinya memberikan lebih jarak perjalanan dengan tangki sebesar 5.4 liter. Model ini juga didatangkan dengan kebuk-U lapan liter yang mampu memuatkan sebuah topi keledar penuh muka serta barangan peribadi.

Rekacorak grafik baru Future FI ini juga lebih ranggi dan moden yang semestinya memberikan keceriaan pada sesiapa sahaja yang memilikinya kelak. Honda Future FI ditawarkan dalam dua versi berbeza yang terdiri daripada unit roda sporty, penghidup elektrik dan brek hadapan jenis cakera manakala variasi 2 pula didatangkan dengan roda sporty, penghidup elektrik dengan sistem brek jenis cakera di depan dan belakang.

Terdapat tiga warna pilihan yang menarik iaitu Merah Candy, Biru Metalik dan Ungu Metalik yang ditawarkan pada harga pasaran dari RM6,072.74 ke RM6,358.94 (termasuk GST). Model terbaru ini juga diberikan waranti jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer dan waranti tambahan selama setahun atau 10,000 kilometer untuk enjin (yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas tol Boon Siew Honda, 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9.00am – 5.00pm kecuali cuti umum). RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.