RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 September 2020

MV Agusta Umumkan Kerjasama Strategik Dengan QJ-Motor

Pengeluar motosikal ternama, MV Agusta Motor S.p.A. telah mengumumkan kerjasama strategik baru dengan QJ-Motor Co. untuk pengedaran di China. QJ Group merupakan antara pengeluar motosikal yang terbesar dan terkenal di China. Perjanjian ini menitikberatkan pengedaran jentera MV Agusta melalui rangkaian kedai utama mereka di seluruh negara degan menawarkan  perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan khususnya di China.

Selepas menempa kejayaan menerusi kerjasama dengan Fekon Co., yang berperanan dalam pengenalan motosikal MV Agusta di China, QJ kini akan mengambil alih tujuh buah pusat jualan satu jenama (mono-brand) dan bakal mengembangkan rangkaian pemasaran dengan penambahan 21 buah pusat pengedar dan servis lagi dalam jangka masa 12 bulan. Ini bertepatan dengan objektif pihak MV Agusta yang mahukan kehadiran jenama ini dapat dilihat serta dikenali di pasaran. Dengan rekod cemerlang dan pengalaman luas QJ dalam pengurusan jenama antarabangsa, MV Agusta pasti mendapat perhatian di kalangan para pencinta motosikal di sana.

“Saya amat teruja dengan kolaborasi fasa kedua bersama QJ ini dengan menyasarkan perkembangan pasaran jenama MV Agusta di negara ini. Saya bercita-cita untuk menjadikan MV Agusta sebagai jenama motosikal premium Itali nombor satu di China dalam jangka masa lima tahun akan datang. QJ adalah satu syarikat global utama dari segi skala, pemasaran, tahap kualiti dan ini membuatkan saya amatkan yakin dapat menepati segala objektik yang ditetapkan. Kami juga sedang mengembangkan kolaborasi dalam bidang perindustrian yang akan kami umumkan kelak,” kata CEO MV Agusta Motor S.p.A., Timur Sardarov.

“Terima kasih kepada pihak MV Agusta kerana memilih kami untuk menjalin kerjasama strategik ini. MV Agusta adalah jenama yang terkenal di seluruh dunia. Ia adalah satu syarikat yang memiliki sejarah yang panjang dan pada masa yang sama, rakan lama Qianjiang Motorcycle. Kerjasama ini bukan sahaja gabungan kedua-dua belah dari segi perniagaan sahaja tetapi juga persefahaman yang lebih mendalam tentang jenama dan idea antara satu sama lain,” komen Pengurus Besar Qianjiang Motor Co., Dongshao Guo.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua nama besar dalam dunia motosikal global bakal memperkenalkan para pelanggan dari China dengan model-model yang memiliki rekabentuk cukup mantap, mudah dikendalikan dan seronok di tunggang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.