RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2016

7 Pemenang Motosikal Menangi Jelajah Ke Langkawi

Tahniah buat tujuh orang penunggang motosikal bertuah yang telah memenangi percutian jelajah 5 hari 4 malam ke Langkawi selepas berjaya memenangi peraduan Shell Advance #Advance2Langkawi yang diadakan pada Disember lepas.

Peraduan cukup istimewa ini telah menarik minat lebih daripada 700 penyertaan dan para pemenang dipilih berdasarkan gambar menunggang terbaik yang telah dimuat naik dan dikongsi di media sosial dengan hashtag #Advance2Langkawi. Ketujuh-tujuh pemenang ini terdiri daripada Keith Ow (Pulau Pinang), Ng Yao Ding (Ipoh), Zahed dan isteri, Hamidah (Rawang), Koong Wai Hoong dan Shamsul Ridzuan (Kuala Lumpur) dan Miazil Harina Jores dari Johor Bahru.

Sebagai sebahagian daripada persediaan untuk percutian jelajah tersebut iaitu dari 18 hingga 22 Mei 2016 lalu, Shell Advance telah menawarkan tukaran minyak percuma bagi motosikal para pemenang agar mereka dapat mengalami sendiri kuasa luar biasa dan tunggangan lebih lancar menerusi Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus. Sepanjang perjalanan pergi balik hampir 1,200 kilometer dari Kuala Lumpur ke Langkawi dan kembali, semua motosikal dikuasakan oleh Shell V-Power.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, En. Leslie Ng mengatakan bahawa peraduan ini diadakan adalah satu lagi inisiatif daripada pihak Shell Advance untuk mendekati penunggang motosikal di Malaysia.

“Jelajah ini memberi peluang kepada penunggang tegar untuk mencuba minyak enjin Shell Advance ultra dengan Teknologi Pureplus yang mempunyai teknologi lebih unggul. Minyak ini memastikan setiap tunggangan lebih menarik tanpa sebarang kehilangan kuasa sepanjang perjalanan tidak kira sejauh mana sekali pun,” tambah beliau.

Info: Teknologi Shell PurePlus merupakan satu proses pertukaran gas-kepada-cecair (GTL) baru. Melalui proses ini gas asli ditukar kepada minyak asas sejernih kristal tanpa sebarang bendasing yang lazimnya didapati dalam minyak mentah. Minyak berasaskan GTL memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih tinggi daripada kehausan dan kakisan. Oleh itu, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dapat menghidupkan enjin dengan lebih lancar dan memberikan lebih kuasa berkekalan setiap masa. RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.