RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2016

SHELL Menyambut 125 Tahun Dengan Mural Kreatif

Sempena kejayaan 125 tahun berada di negara ini, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan sambutan ulang tahun ini dengan memperkenalkan mural yang telah dihasilkan oleh para pelukis terkenal tanahair seperti Datuk Lat, Cheeming Boey, Sabek, Yap Hanzhen, Amey Sheikh Ali, Caryn Koh, Thomas Powell dan Dmojo.

Kelapan-lapan artis ini akan menghasilkan 15 jenis mural di beberapa stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara, sekurang-kurangnya satu di setiap negeri. Karya-karya ini berkisarkan tafsiran para pelukis itu sendiri mengenai kemajuan dan semangat rakyat negara ini. Mural tersebut juga akan mempamerkan lokasi dan mercu tanda popular di Malaysia.

"Shell telah berjalan bersama rakyat Malaysia untuk 125 tahun, dan bersama-sama kita telah mencapai banyak pengalaman pertama dalam industri. Sebagai salah satu daripada peruncit minyak terkemuka di negara ini, kami berhasrat untuk terus memacu semangat perintis Malaysia, yang memainkan peranan penting untuk kejayaan negara," kata Datuk Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. & Shell Timur Sdn. Bhd.

Meraikan kejayaan selepas 125 tahun adalah satu daripada inisiatif untuk memperingati ulang tahun ke-125 Shell pada tahun ini. Antara pelbagai aturcara lain yang dirancang ialah kutipan dana untuk kerja amal, majlis makan malam gala dan perlumbaan mencari harta karun di seluruh negara pada bulan September ini. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.