RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2016

RIDE TO HAJJ 2016

Lima orang sahabat karib iaitu Wazi Abdul Hamid, Hj Azman Baharuddin, Meor Azhar Meor Raflan, Othman Darus dan Napiah Mohd Noor dengan penuh semangat telah memulakan pengembaraan suci mereka ke Mekah pada 29 Julai lalu. Perlepasan konvoi murni ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang ditemani oleh TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuteraan Kumpulan DRB Hicom Berhad, Dato' Abdul Harith Abdullah.

Pengeluar motosikal jenama tempatan, Modenas dengan berbesar hati telah menaja lima buah jentera GT128 edisi 'Harimau Malaya' demi merealisasikan impian lima orang sahabat dengan menunggang motosikal. Pengembaraan 'Ride To Hajj 2016' ini merupakan cetusan idea daripada ikon permotoran negara, saudara Wazi Abdul Hamid.

“Tujuan pengembaraan ini ialah untuk merasakan kenikmatan selepas mengharungi pelbagai cabaran dan pada masa yang sama menimba pengalaman ke Mekah menggunakan jalan darat seperti mana orang-orang zaman dahulu,” jelas Wazi.

Pengembaraan ini dijangkakan akan mengambil masa sekitar 35 hari yang merangkumi jarak sejauh 11,500 kilometer dengan melalui tujuh buah negara iaitu Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emeriah Arab Bersatu dan destinasi terakhir iaitu di Arab Saudi.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Modenas, En. Amirudin Abdul Kadir, “Pemilihan motosikal ini amatlah bertepatan kerana model GT128 ini adalah antara model terbaik kemampuannya untuk menempuhi perjalanan yang mencabar dan lasak. Adalah diharapkan usaha murni mereka dalam menunaikan Rukun Islam yang kelima ini akan dipermudahkan.”

Givi Asia Sdn Bhd turut berbesar hati mempersiapkan para bakal haji ini dengan pakaian dan aksesori motosikal yang berkualiti tinggi. Setiap jentera GT128 ini dilengkapkan dengan kotak barang utama bersaiz 43 liter dan kotak barang sisi (kiri dan kanan) bersaiz 22 liter setiap satu. Aksesori tambahan lain yang diberikan ialah jaring atas, getah penyerap hentak dan kusyen tambahan.

Givi turut menyumbang topi keledar, beg pinggang, ves keselamatan, beg galas, set baju hujan dan beg kalis air 40 liter. “Givi ialah jenama sinonim dengan motosikal dan eksplorasi. Kami berharap dengan tujuan yang sangat murni ini, para peserta ekspedisi akan berjaya dengan misi utama walaupun pelbagai rintangan yang pasti bakal ditempuhi,” kata En. On Hai Swee, Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.